![]() |
| |
Masih seksi dan awet muda pada usia 50 tahun seperti Madonna pasti menjadi idaman ramai wanita di dunia ini. Namun, penyanyi Nelly Furtado sebaliknya menolak untuk kelihatan muda sentiasa seperti Madonna.
Madonna masih kelihatan seksi meskipun usianya telah mencecah angka setengah abad. Bentuk tubuh serta kecantikannya mengalahkan wanita yang jauh lebih muda daripadanya.
Tetapi untuk awet muda banyak usaha yang dilakukan Madonna. Nelly mengaku tidak ingin meniru seperti bintang pop itu kerana baginya nampak tua seperti kulit sedikit berkedut bukan satu masalah yang besar.
"Tidak mahu seperti Madonna. Saya tidak mahu berjam-jam melakukan senaman setiap hari hanya untuk melambatkan proses penuaan. Saya lebih rela berada di dapur, minum teh dan makan biskut," ujar Nelly.
Nelly mengaku, baginya yang penting adalah menjalankan hidupnya dengan normal bersama keluarganya. Dia tidak ingin mengubah proses penuaan fizikalnya.
"Setelah keletihan dengan konsert jelajah, saya kembali ke rutin yang sihat. Saya memilih untuk masak sup ayam untuk keluarga dan menikmati hidup penuh bahagia setiap hari bersama mereka.
"Semua orang akan tua juga akhirnya, buat apa saya menghalangnya daripada terjadi. Setiap perubahan memberi pengalaman yang cukup bermakna," tuturnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: