
ALOR SETAR - Sekumpulan ibu bapa dan penjaga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik di sini bingung selepas anak- anak mereka diarah keluar dari asrama sekolah itu serta-merta malam tadi, akibat salah faham antara warden dengan salah seorang pelajar.
Mohd. Yusli Saad, 43, dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula berkata, beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada anaknya yang mengatakan mereka diarah keluar dari asrama serta-merta malam kelmarin.

"Saya menelefon Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah itu untuk penjelasan, namun beliau menafikan ada arahan (keluar asrama) tersebut.
"Mungkin ada masalah komunikasi antara pelajar dan penyelia asrama itu, namun perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka menghadapi peperiksaan penting,'' katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: