
KEJADIAN ombak besar selama dua hari menyebabkan 17 buah calet di Kampung Cherok Paloh, dekat Kuantan musnah sama sekali.
KUANTAN - Sebanyak 17 buah calet yang baru siap dibina dan menunggu masa untuk dibuka kepada pengunjung khususnya kaki pancing di pantai dekat Cherok Paloh, di sini ranap sama sekali selepas dilanda ombak besar sejak Khamis lalu.
Pemiliknya, Ali Mat, 48, sekadar berputih mata melihat projek bernilai RM120,000 itu musnah di hadapan matanya sendiri.
"Mujurlah saya guna duit simpanan sendiri, kalau pinjam daripada bank lagi teruk,'' katanya ketika ditemui semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: