
SEBAHAGIAN warga asing yang ditahan di sebuah restoran di Stulang Laut, Johor Bahru.
JOHOR BAHRU - Sekumpulan 41 'pelacur tua' lari lintang-pukang apabila sebuah restoran di Stulang Laut yang dijadikan tempat mereka menawarkan perkhidmatan seks diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen di sini kelmarin.
Daripada jumlah itu, seramai 32 wanita itu merupakan warganegara China, tujuh dari Thailand dan dua Indonesia dan mereka berusia di antara 28 hingga 56 tahun.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa, Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata, antara kesalahan tersebut termasuk tidak mempunyai pasport, tinggal lebih masa, menyalahgunakan pasport selain disyaki menjalankan aktiviti perkhidmatan seks.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: