Nik Sayyidah |
CIK Normah paling pantang dengan golongan wanita yang suka mempermainkan tudung dan menghisap rokok. Itu antara dua perkara yang Cik Normah agak tidak suka untuk berbicara mengenainya. Biarpun Cik Normah tidak bertudung dan merokok, Cik Normah sedar perkara itu memang bersifat subjektif untuk disentuh.
Dalam soal bertudung, Cik Normah rasa apabila benar-benar bersedia baru akan mempertimbangkan berbuat demikian. Cik Normah tak mahu bertindak melulu dalam soal ini, biarpun hak bertudung itu satu kewajipan buat kita wanita yang beragama Islam.
Cik Normah sengaja memberi pembayang kisah ini kerana mahu merujuk kepada cerita yang ada kaitan dengan seorang pelakon comel ini. Kalau dulu, Datuk Siti Nurhaliza pernah ditegur dan dikritik mengenai perkara yang sama mengenai pemakaian bertudung. Penyanyi nombor satu negara itu dikatakan tidak bersungguh-sungguh untuk bertudung. Bagaimanapun, cerita itu sudah berlalu sepi.
Cerita Mek lebih kurang Datuk Siti apabila tudung yang dipakainya kini sudah bertukar menjadi gaya berselendang ala mak Datin. Cik Normah kurang pasti kenapa Mek berbuat demikian dan terbaru Cik Normah perhatikan 'gaya terbarunya' itu semasa majlis pratonton Senario Episod 2: The Beach Boys baru-baru ini.
Malah sebelum ini pun, Cik Normah tengok Mek sesuka hati menanggalkan tudung dalam beberapa buah drama yang dilakonkannya. Cik Normah tahulah itu hak masing-masing, tapi kenapa Mek tergamak berbuat begitu dengan mempersendakan tudung yang dipakainya.
Itulah, kalau tak bersedia nak bertudung jangan nak menjerat diri pula. Tudung itu bukan barang mainan, ikut sesuka hati nak pakai dan buang begitu saja. Maklumlah, bukan saja Cik Normah, rasanya ramai lagi yang akan jadi sensitif apabila pemakaian tudung ini dibuat main-main. Iyerlah, kalau nak pakai, pakailah betul-betul. Jangan sekejap buka, sekejap tutup. Pakai tudung tapi masih nampak rambut. Macam mana tu?
huhu ada sepisis ni plak, pkai tudung tapi pakai t-shirt ketat lengan pat bahu... bodoh ke bangang... huhuhu... jahil sungguh
ReplyDeleteMenutup aurat salah satu KEWAJIPAN yang ditetapkan kepada kita oleh Allah S.W.T., sama seperti ibadat wajib yang lain seperti solat, zakat, puasa & haji. Tidak timbul soal "BERSEDIA" untuk pakai atau tidak. Saya kesal wanita Muslim yang tidak endah hal menutup aurat sewenang-wenangnya meng"discount"kan kewajipan ini. Lelaki muslim jangan terlalu sempoy juga dalam hal ini.
ReplyDelete