Tuesday, December 22, 2009

Dengarnya... Lagu Dafi tembusi Indonesia



AHLI Majlis Universiti Lim Kok Wing Universiti, Senator Tan Sri Jins Shamsudin (kiri), menyampaikan Diploma Seni Reka Muzik dan Bunyi kepada Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri, di majlis Konvokesyen Universiti Lim Kok Wing, Sabtu lepas.

CIK Normah nak ucapkan tahniah kepada Dafi kerana berjaya menamatkan pengajiannya sehingga berjaya memperolehi Diploma Seni reka Muzik dan Bunyi. Bukan setakat berjaya menamatkan pengajian malah lebih membanggakan dalam kesibukannya menyanyi, Dafi juga berjaya menjadi pelajar terbaik Universiti Lim KokWing.

Cik Normah juga nak cakap tahniah kepada Dafi sebab lagunya yang berjudul Di Antara ciptaan Badai dari kumpulan Krispatih muncul juara di salah sebuah stesen radio di Indonesia.

Cik Normah sudah mendengar lagu yang cukup sentimental itu. Fuh! memang tangkap lentok! Tapi lagu Di Antara tak pernah atau belum disiarkan di stesen radio tempatan. Peminat Dafi yang nak tahu macam mana bunyinya lagu Di Antara cari saja di internet. Tak silap Cik Normah, lagu Dafi itu muncul juara beberapa minggu berturut-turut. Kalau lagu itu mampu bertahan untuk beberapa minggu lagi, Dafi layak terima anugerah. Cik Normah berharap lagu Di Antara mampu bertahan lebih lama lagi. Iyerlah, selepas Datuk Siti Nurhaliza tak ada lagi penyanyi kita yang berjaya menembusi pasaran Indonesia. Harap-harap Dafi berjaya mengikut jejak langkah Siti.


Mungkin ada yang akan berkata, vokal Dafi sedih. Bolehkah orang Indonesia menerimanya? Tapi daripada apa yang Cik Normah dengar, vokal Dafi ada peningkatan. Sekarang dia gigih berlatih vokal sendiri di rumah, siap beli segala sistem bunyi supaya dapat berlatih waktu tak ada sebarang undangan menyanyi. Cik Normah percaya Dafi akan mudah diterima. Dafi sendiri sudah muncul di tiga stesen televisyen di sana untuk mempromosikan lagu berkenaan.

Bukan main ramai lagi Cik Normah tengok peminat-peminatnya. Sebelum ini teman Cik Normah pernah bercuti ke Bali bersama Dafi anjuran Berita Harian kerana kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Waktu di sana ramai juga yang kenal Dafi, malah mereka mengambil kesempatan menegur Dafi. Jadi Cik Normah yakin peluang Dafi nak kembang sayap ke sana besar.

Selain berlatih sendiri dengan sistem yang dibeli, Dafi yang akan bercuti ke Afrika Selatan bersama keluarganya juga bakal mengupah guru vokal bagi memperbaiki mutu nyanyiannya. Bagaimanapun kelasnya akan diadakan di rumah saja supaya mudah untuk Dafi memenuhi undangan nyanyian atau fotografi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: