![]() Faizal |
NAMPAKNYA bulan ini mempunyai catatan gempar mengenai cerita peribadi dunia selebriti termasuklah kisah perkahwinan. Alkisah kecoh Faizal tiba-tiba mengaku sudah berkahwin sejak 12 Februari lalu dengan Nur Ashikin Mior atau Ikin. Mereka mula mengenali sejak terbabit sama dalam filem sulung lakonan juara Akademi Fantasia musim keempat itu berjudul Momok The Movie.
Difahamkan, Ikin adalah pelakon tambahan dalam filem itu. Ketika ini, Cik Normah dengar Faizal bakal bergelar bapa tak lama lagi. Cuma selepas diamati banyak kenyataan yang diberikan kepada media sewaktu pratonton filem Pulau Asmara agak bercanggah. Mungkin juga Faizal mahu menyelamatkan dirinya sendiri atau menutup kesilapannya.
Terbaru ketika Cik Normah diberitahu pasangan ini bernikah pada November lalu di Temerloh, Pahang dan bukan Februari seperti yang dinyatakan Faizal. Nampaknya Faizal kini berada dalam situasi yang agak rumit. Sampaikan tarikh bernikah pun nak berdolak dalik, apa hal si Faizal ni?
Cik Normah tak nak cakap sembarangan tapi bayangkan kalau Faizal kata perkahwinan mereka direstui keluarga, kenapa selepas dua bulan berkahwin baru keluarga Faizal dimaklumkan mengenai perkara terbabit. Agaknya ada perkara yang cuba disembunyikan Faizal.
Isteri Faizal yang sudah mengandung ketika ini harus tampil ke depan, seelok-eloknya selepas melahirkan anak itu. Mungkin ada kebenaran yang ingin disampaikannya. Oh ya, Faizal juga bermain drama dengan apabila memberitahu isterinya tinggal bersama di Kuala Lumpur. Hakikatnya, isterinya itu berada di Temerloh.
Kisah Remy Ishak dan Ummi Nazeera pun belum reda lagi nampaknya. Cik Normah rasa tak perlu lagi diperbesarkan hal ini kerana Cik Normah boleh kata dalam permasalahan yang terjadi, baik Remy dan Ummi memang buat salah. Jiwa muda katakan. Tutup buku lama, buka buku baru. 2010 pun nak tiba tak lama lagi. Jadi 2009 tahun pengajaran dan pengalaman buat semua.
Sebelum terlupa, Cik Normah nak ucapkan tahniah dekat Zizan Nin yang akan berkahwin Januari depan. Khabarnya, majlis pertunangan akan diadakan dalam bulan ini.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: