SHAH ALAM - "Kalau dia (Zamzarina) tetap berkeras mahu jaga dan tukar sekolah anak-anak, buat tuntutan di mahkamah."
Itu kemahuan Adnan Derahman, 37, bekas suami kepada personaliti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Zamzarina Zabri, 36, dalam kes perebutan hak penjagaan ke atas tiga orang anak mereka, Adriana, 14, Adam, 10, dan Alif, 7.
Pada masa yang sama, Adnan juga akan merujuk tuntutan yang sama di mahkamah.
"Jika keputusan mahkamah memihak kepada dia (Zamzarina), saya akan akur tapi pada masa ini saya mahu kesemua anak kami itu dipulangkan semula kepada saya,'' katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: