Saturday, December 26, 2009

7 ditahan sambut Krismas cara liar


REMAJA yang ditahan kerana bertindak liar di Jalan Upper Penang dan Persiaran Gurney di George Town.


GEORGE TOWN - Gara-gara membuat kecoh dan mengganggu ketenteraman awam menjelang Krismas malam kelmarin, tujuh lelaki ditahan di dua tempat di sini semalam.

Mereka yang berusia 17 hingga 20 tahun itu ditahan di Persiaran Gurney dan Jalan Upper Penang. Ketika ditahan mereka didakwa bertindak di luar kawalan diri dengan menimbulkan kekecohan dan turut mengganggu orang awam.

Tindakan tujuh remaja di Persiaran Gurney dan Jalan Upper Penang itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengunjung lain.

Antara tindakan yang dianggap keterlaluan ialah menyembur buih aerosol terhadap orang ramai yang lalu-lalang di situ dan ada di kalangan remaja itu juga didakwa menjerit secara tidak menentu.

Persiaran Gurney dan Jalan Upper Penang semalam agak sesak dengan pengunjung termasuk mereka yang tidak menyambut Krismas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: