Saturday, December 5, 2009

Citarum sungai terkotor dunia




JAKARTA - Ketika seluruh dunia kini memberi fokus pada sidang kemuncak global mengenai perubahan iklim di Copenhagen pada 7 Disember ini, pemerintah Indonesia bergelut untuk membersihkan imej sebatang sungai di Pulau Jawa yang dianggap paling kotor di bumi, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebahagain Sungai Citarum sepanjang 322 kilometer itu amat kotor kerana ia dipenuhi pelbagai jenis sampah.

Namun, sungai itu membekalkan lebih 80 peratus bekalan air untuk penduduk Jakarta.

Pada tahun lalu, Bank Pembangunan Asia meluluskan pinjaman berjumlah AS$500 juta (RM1.69 bilion) untuk membiayai kerja-kerja pembersihan di sungai itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: