
COLOMBO - Calon-calon utama bagi merebut jawatan presiden Sri Lanka semalam berucap pada perhimpunan awam pada permulaan kempen secara rasmi.
Presiden Mahinda Rajapakse dan pencabar utamanya iaitu bekas ketua tentera, Sarath Fonseka mendapatkan restu di kuil Buddha sebelum mereka berucap di khalayak ramai.
![]() |
| FONSEKA |
Rajapakse berikrar akan memulakan era baru pembangunan semasa dia berucap dari Anuradhapura, 200 kilometer ke utara Colombo.
"Tidak sukar bagi saya untuk memenuhi cabaran pembangunan selepas menewaskan pengganas setelah berkuasa sejak empat tahun lalu," katanya.
Sebelum ini pemerintahannya berjaya menewaskan kumpulan pemberontak Barisan Pembebasan Tamil Eelam pada pertengan Mei lalu.
"Saya akan memenangi perang pembangunan dan memulakan satu era baru pembangunan," tambahnya.
Sementara itu, Fonseka yang berucap di Kandy, 115 kilometer ke timur laut Colombo berikrar akan memansuhkan kuasa eksekutif presiden jika memenangi jawatan presiden.
"Saya akan memansuhkan sistem eksekutif presiden dan memastikan kami mempunyai satu parlimen yang bertanggungjawab terhadap rakyat," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: