Friday, December 4, 2009

BSN Buka Pusat Perbankan Islam

KUALA LUMPUR, 4 Dis Bank Simpanan Nasional (BSN) kini sedang merancang untuk menambah bilangan Pusat Perbankan Islamnya bagi menawarkan kemudahan perbankan yang mematuhi kewangan syariah dan menyumbang kepada pembangunan perbankan Islam di negara ini.

Pengurus Besar/Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning berkata BSN berharap inisiatif itu akan menawarkan penyelesaian perbankan yang mematuhi kewangan syariah kepada individu dan perniagaan, kepada komuniti Islam dan bukan Islam.

Dalam satu kenyataan Jumaat, katanya BSN telah memulakan operasi Pusat Perbankan Islamnya di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Kuala Nerus, Terengganu pada 1 Disember lepas.

BSN kini mempunyai produk-produk yang mematuhi syariah, dari deposit mudah kepada pembiayaan kewangan, katanya di dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, urusan perbankan konvensional seperti simpanan, pengeluaran, penggantian buku, kad akaun dan sebagainya masih diteruskan di kedua-dua Pusat Perbankan Islam itu, untuk pelanggan sedia ada.

Ini bertujuan memudahkan pelanggan sedia ada untuk berurusan dengan BSN di samping dapat mempromosikan produk-produk perbankan Islam kepada mereka, katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: