| Elyana sudah mula bercakap-cakap pasal perancangan berkahwin tahun ini. Tapi, tarikhnya belumlah lagi dibincangkan. Dia bertunang Julai lalu dan tempoh yang dipersetujui selama setahun.
Apa agaknya konsep majlis perkahwinan Elyana yang jenis sempoi ni. Jangan berkaki ayam atas pelamin sudahlah. Lainlah kalau pelamin di atas rumah dan bersimpuh, mestilah tak pakai kasut. "Saya ni sempoi aje dan tak kisah sangat pasal tema... janji dapat kahwin. Nenek saya nak tengok saya ni kahwin ikut adat Minangkabau sebab memang nenek saya berasal dari Tanah Minang.
"Kalau dah buat gaya Minangkabau biarlah segala-galanya berkonsep Minang, pakaian, makanan dan segala-galanya bertema Minang. Tapi tak tahulah macam mana sebab kami belum lagi berbincang," kata Elyana.
Majlis sebelahnya akan diadakan di hotel atau mana-mana dewan di Shah Alam. Kalau tak sempat menempah dewan mungkin majlis akan diadakan di rumah saja. Selamat berbahagialah Elyana.
|
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: