AKTRES kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung.
Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan.
Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.
“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.
“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.
“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.
Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.
“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.
“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.
“Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki Abdul Warits dan Abdul Wardi.
Ketika ditanya tentang tawaran berlakon dengan penampilan bertudungnya, kata Anne dia menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Saya percaya rezeki itu datang dari-Nya, kalau kita berubah ke arah kebaikan pasti Allah membuka jalan rezeki yang lain untuk saya,” ujar Anne yang tidak mahu komitmen terhadap lakonan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.
Bercerita tentang lakonannya dalam drama Mayang Mengurai, Anne memegang watak sebagai Mayang Indra, adik kepada Mayang Mengurai yang mempunyai kuasa untuk memukau orang.
“Saya terpaksa mengunakan bulu mata palsu yang tebal di bahagian atas dan bawah. Sebelum ini saya jarang mengunakan bulu mata palsu ketika berlakon.
“Untuk bawa watak Mayang Indra, saya perlu membaca buku-buku dongeng puteri seperti Cinderella dan Rapunzel,” kata Anne.
Mayang Mengurai merupakan adaptasi cerita dongeng Rapunzel yang akan ke udara pada jam 4.30 petang mulai Isnin (12 Januari) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3.
Antara barisan pelakon drama bersiri itu adalah Tania Hudson (Mayang Mengurai), Zarina AF (Mayang Merdu), Ammar (Khalif), Kamal Adli (Shahrul), Sabrina Ali (Kornilam) dan ramai lagi.
Anne mengakui dia tidak mahu pengambaran yang dilakukan di luar Kuala Lumpur kerana enggan berjauhan dengan anak-anaknya.
“Setiap tawaran saya akan pastikan tidak ada pengambaran yang jauh-jauh dari Kuala Lumpur, untuk cerita ini ada babak yang dibuat di Perak, jadi saya terpaksa ulang alik setiap hari dari rumah ke sana,” kata Anne yang juga tidak mahu memegang watak utama kerana komitmen yang tinggi.
“Saya lebih gemar membawa watak pembantu berbanding watak utama, ini kerana saya tidak mahu komitmen, saya lebih senang dengan watak pembantu,” kata Anne mengakhiri perbualan.
WARDINA pakai tudung..tapi rezeki dia ok pun...tudung bukan fesyen..tapi kemestian untuk wanita..kan?
ReplyDeleteNak bukak, bukak je ... naper nk bg alasan cari rezeki plak. Byk lg sumber rezeki yg tak perlu bukak aurat. Tepuk dada tanya iman
ReplyDeletekalau camtu leh bogel lah...'niat nak cari rezeki'
ReplyDeleteahaxz..lawaknyeer !!!!!
Deleteapa kes??bukak tudung cari rezeki..x sepatutnya tu..bukak tudung saji cari makanan la wei
ReplyDeletegelap betul hati minah ni.....
ReplyDeleteterserah pd manusia utk menilai...moga ALLAH memberi kekuatan buat Anne utk teruskan niatnya utk bertudung...amin...
ReplyDeleteanne takyah pakai tudung terus lagi bagus! buat apa pakai tudung2...menyusahkan sahaja!
ReplyDeletejanganlah mngata kat orang.betulkan diri sendiri .yang komen ni sempurna ka?.tepuk dada tanya selera.kalau dah rezeki dia dalam lakonan nak buat macam mana.takan nak keja cuci longkang.fahami situasi orang.maaflah kalau kata kata saya ni pedas
ReplyDeleteboleh ke mcm tu? buka tudung niat cari rezki? tudung tu kan aurat? hukum pun haram dedahkan aurat...kalau mcm tu nanti semua GRO boleh cakap saya berzina niat nak cari rezki....huahuahuahua...cetek sungguh ilmu agama manusia sekarang....Ya Allah...hanya Engkau Yang Maha Mengetahui..
ReplyDeleteCinny - aku plak says : ko tu kapir laknattullah..takder halal haram..takder dose pahala...org cuci longkang..kalau dia beriman..jauh lagi mulia dari org paling kaya didunia ni....rezki tu Allah yang bagi...Dia yang maha kaya..Maha berkuasa...sampai time ko berjimak pun dia boleh bagi bagi rezki anak...hahahaha inikan pula kalau usaha untuk kerja yang baik..lagi la senang dapat rezki...jangan sempitkan pikiran bodoh ko tu kat orang lain k...Islam itu syumul...Wallahualam..
BILA ALLAH DAH WAJIB KAN SESUATI MAKNANYA PERKARA TU PASTI ADA KEBAIKANNYA..
ReplyDeleteSEAKAN2 MENGHINA HUKUM ALLAH PLAK BILA DIA KATA BERTUDUNG SUSAH NAK CARI REZEKI..
KALU KITA IKUT PERINTAH ALLAH REZEKI TU AKAN SENTIASA DGN KITA..MUNGKIN TAK BANYAK..TAPI KEBERKATAN TU YANG PENTING
ALLAHUALLAM
niat tak menghalalkan cara...
ReplyDelete"biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja".
ReplyDeleteemmm.....kte xlayak nak judge die camner, sbb bkn kte yg tentukn dose pahale n syurga nerake..sbb yg baik 2 dtg dri Allah n yg buruk 2 dtg dri kte sendri..huhuh..
tak guna sembahyang 5 waktu klu mulut tahap setan nak bercakap.. cermin diri dulu sebelum nak bagi nasihat kat org.. amboiii... klu nak menyedarkan seseorang ttng baik dan buruk sesuatu perkara.. jgn la smpai memaki hamun... cakap BODOH / SUNDAL / GATAL / SHIAL.. pe bezanye korang ngan setan!!! ... bagi la nasihat yg berfaedah..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteaku setuju la dengan pemberi nasihat di atas ni. takde beza korang dengan iblis kalau cakap camtu semua. takpelah dia pon dah cakap tu antara dia dengan tuhan kan. haa lantaklah kubo hang dgn dia sama ka ? memang betoi kita ni kena bagi nasihat tapi bukan cara camtu maklong oiii....
ReplyDeletesaye pon setuju, klu mcm tu care nk bg nasihat, baik tak payah. silap2 kita pulak yg berdosa. sekurang2nya tak pakai tudung tu dosa dia dgn Allah, yg kita dok mengata itu ini dosa sesama manusia, bawakla ke akhirat nnt klu dia tak maafkan.
ReplyDeletekalau DIA xbg rzki btol2 bru tau...matlamat x menghalalkan cara..TQ
ReplyDeleteuntuk pengetahuan, hanya Allah SWT saja yg boleh membuat judgement.. kita manusia adalah tidak layak sekali.. kalau nak tegur org pun, gunakanlah bahasa yg paling halus dan beradap lah sopan sikit.. janganlah bercakap seolah2 kita yg perfect.. maki hamun pun berdosa jugak... sepatutnya kita sebagai hamba Allah berdoalah supaya Allah SWT membukakan segala pintu2 keberkatan dan rahmat terhadap Anne dan keluarga.. bukannya nak kutuk2... senang ajer, B4 u judge org lain, u judge ur self first.. Renung2 kan lah dan selamat beramal... ///
ReplyDeleteAgama Islam tidak mengajar pengikut2 nya supaya memaki hamun sesama manusia... haruslah diingat tu.. cuba kita baca balik ajaran2 yang diturunkan oleh Allah melalui kitab suci Al-Quran... adakah boleh kita memaki hamun sesama ummat manusia.. bukan setakat itu saja, malahan Islam tidak mebenarkan sama sekali untuk mengutuk Agama2 lain.. kalau nak tegur pun penuh dengan adap sopan dan santun.. jadi saya ingin menegur sahabat2 supaya gunakanlah cara2 yang telah di ajar oleh Rasullullah SAW untuk menegur sesama manusia... amiin..
ReplyDeletemalaysia adalah negara secular...korang penyokong-penyokong PAS jangan paksa orang pakai tudung!kami akan halang dari kamu melakukannya! hidup UMNO...hidup PERKASA!
ReplyDeletePas ke Umno ke..Orang Islam kan??
ReplyDeleteSaya bukan Pas bukan Umno dan bukan PKR, tapi hukum Islam suruh kita tutup aurat bukan sebab kita Pas ..ok?
Bertaubatlah kawan2 andai kita tersalah cakap....Menutup aurat bukan kerana parti....Islam tetap Islam....
ReplyDeletebukan masalah dosa dia ngan allah saje la bro.. kite pon dapat dose gak k kalo x tegur... pikir r??
ReplyDeleteala shiela rusli boleh je belakon watak jahat tp pakai tudung...ape masalahnye????
ReplyDeleteAnne > harap2 hati ko terbuka nk pakai tudung sampai mati..jgn buka2 lagi k..pakai tudung tu da betol!
Anne, bahaya kenyataan kamu tu. Rezeki datang daripada Allah. Bukan manusia yang tentukan. Cuma sebagai manusia kita kena usaha. Bukanka ada juga pelakon yang memakai tudung tapi dia tetap juga dipilih sebagai pelakon. Yang penting mutu lakonan kamu jaga. Kenyataan kamu tu dah tunjuk yang seolah-olah amalan Islam ni menyekat rezeki org bila bertudung. Jangan kata itu antara kamu ngan Allah. Berat tak tertanggung kamu bila berhadapan dengan Nya nanti. Bahaya tu. Cuba kamu perhati keliling kamu. Ramai org bertudung juga mampu berjaya dan memegang jawatan tinggi.
ReplyDeleteWow..kalau cara nasihat kena rujuk al quran...tapi ada sapa2 rujuk alquran pasal buka aurat..korang ni bila kena tegur/maki/kutuk/nasihat semua kena ikut ajaran islam/alquran..jadi bila diorang yg bagi nasihat cara kasar tentang buka tudung korang melenting tapi dia buka aurat korang tak melenting...KALAU DAH HARAM TU HARAM JUGA...JANGAN CARIK ALASAN UNTUK MENGHALALKAN YG HARAM NANTI JADI TREND/IKUTAN PULA..MAKI/KUTUK ORANG PUN HARAM TAPI MESTI INGAT TAK TUTUP AURAT PUN SALAH JUGA.
ReplyDeletesuka hati kolah anne. tutup aurat hukumnya wajib
ReplyDeleteMenutup aurat HUKUMNYA WAJIB.
ReplyDeleteTidak Menutup aurat HUKUMNYA HARAM.Titik.
.......Di mata saya, anda Anne Ngasri, seorang manusia yang begitu lemah!!! Baru sikit ujian ALLAH bagi, dah tak terdaya nak mengharunginya....berubahlah, bertaubatlah.....setiap ujian yang datang pasti ada ganjaran pada penghujungnya....BERTUDUNG itu dituntut oleh islam, islam itu agama ALLAH, dan ALLAH itu tuhan yang satu, bila kamu percaya pada ALLAH nescaya dan pasti ALLAH akan bantu kamu......mohonlah keampunan ALLAH
ReplyDeletebetul..dia x boleh mcm tu...kefahaman manusia ttg Islam skrg semakin teruk...
ReplyDeleteKita sebagai umat Islam kena percaya kepada Qadak & Qadar. Baru la bleh yakin yg rezeki tu akan datang sekiranya kita berusaha.
ReplyDeleteDalam kes Anne nih, dia mgkn baru nak mendalami Islam. So kita kena tegur sekiranya dia silap.
Macam komen2 sebelum ini. Niat tidak menghalalkan cara. So kita kena tegur utk lepaskan tanggungjawab kita di akhirat.
Sesetengah org di kalangan kita akan komen "Biarlah Allah S.W.T yg tentukan dosa pahala seseorang tu", sedangkan kita belajar tentang seurat rambut yg didedahkan, 600 tahun berada dalam neraka. 1 hari di neraka sama dgn 1000 tahun di dunia. Api Neraka 70 kali panasnya dpd api dunia. Ini adalah basic pengetahuan Islam.
Biasanya ayat maut (yg dalam kurungan) tadi digunakan apabila kita jumpa situasi yg berlaku qilaf (pandangan berbeza) di kalangan Ulama.
Nak kata ilmu tak sampai agak mustahil kerana negara kita telah maju dari segi perhubungan jalanraya, telefon, internet dan sebagainya.
Kesimpulannya, takde alasan untuk Anne tidak pakai tudung dan di harap tidak ada di kalangan kita yg beragama Islam yg menyokong pendiriannya.
Org yg tahu hukum tetapi tetap menyokong tindakannya boleh di anggap mempersendakan agama.
Harap maaf sekiranya penerangan ini mengguriskan perasaan pembaca. Sy hanya mengingatkan DIRI SAYA SENDIRI serta pembaca2 sekalian.
Tidak salah menegur tetapi salah apabila hanya mengutuk tanpa memberikan jalan penyelesaian.
ReplyDelete1. "saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki."
niat tidak menghalalkan cara.
2. membuka aurat dengan segaja ia jelas berlanjjaran dengan batas.
3. , "biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja."
sepatutnya statment ini tidak patut dikeluarkan.jika melakukan kesalahan dan sekadar alasan begitu maka pekerja Gro juga akan membuat alasan tersebut.dan statment tersebut boleh menyebabkan orang lain mengguna pakai alasan tersebut untuk melakukan kesalahan.
4. Cuba cari watak yang menutup aurat atau bekerja dengan melakukan bisnes sendiri.
Apa-apa pun alhamdulillah sebab cuba berubah,yang penting giatkan lagi usaha dan pelajari ilmu.Sokongan perlu diberikan,bukan saja pada ann tetapi pada sesiapa saja yang ingin berubah.Jika caranya salah maka perbaiki cara.
hgpa dok hingaq pa?dh mmg hukum dia haram..si Ann ni mmg Bengong..sok kalau dia londeh kain pasal nk cari rezeki pn,jgn dok heran laa.dia takutkan director lg dari tuhan,menbenarkan yang haram plak tuh...Apa pnya mangkaq la alasan...!!
ReplyDeleteBetul lah cik fariz kata... menegur biarlah kene dengan cara. Memang dosa dan pahala tu ALLAH yang tentukan tetapi kita sesama perlulah menegur yang perbuatan Anne tu salah. Kita kena ingat salah satu punca rezeki kita sempit adalah kiter sendiri.... Islam itu mengharuskan perempuan ISLAM itu bertudung maka hingga kiamat ia tetap begitu dan akan menjadi satu dosa jika kite menginkarinyer....
ReplyDeleteSalam.. Jangan HalalKan yang Haram..
ReplyDeleteHanya Mengigati Diri Sendiri...
Dan Mereka Yang Faham...
n2 ni mungkin dah lama. tapi saya baru bacanya. hmmm...sgt2 tak patut komen2 yg berkata 'itu antara dia dgn Allah.' membuka aurat itu nyata2 haram dan Allah melarangnya. jadi statement serupa itu tak patut keluar sebab seakan membolehkan seseorang itu melakukan yg Allah larang atas dasar rezeki. waima suami yang sepatut ditaati sekalipun, andai disuruh isteri melakukan perkara larangan Allah, haram diikuti.
ReplyDeleteasraf arpz_KAU lgi MANGKAQ n ko adlh BANGANG.
ReplyDeleteMATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.
ReplyDeleteooii korang yang duk kat atas, bagi la teguran dan nasihat leklok sikit...xperlu la sumpah seranah camtu..korang duk tekan2 dia, cane dia nak terima!! *ni utk yang duk y mencaci tu lah..
ReplyDeletepada saya lah ... sebab dia artis dapat watak mcm tu... nak wat cm ner. lagi pun kena lah tau setatus dia. mcm wardina tu dia ada juga sumber rezeki jadi pengacara tv3. lagi pun dia ada orang tanggong, macam anne tu . dia bukan ke ibu tunggal.jadi kena lah kerja kuat sikit
ReplyDeleteklu nk cari rezeki bukn cara 2 sekali pun..
ReplyDeletemunafik..
anne ngasri sepatutnya memakai tudung sebanyak empat lapis kalau nak cari rezeki..
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDelete(1) Menghalalkan apa yg haram sama dosanya dgn mengharamkan ap yg halal... dan ia boleh menyebabkan murtad..
(2) Anne, antara harta dunia dgn berkat Allah, mana yg lg penting? kalau hidup kita ini penuh dgn kekayaan tp tdk ada keberkatan, buat ap kita kaya? sme sprti seorg yg punya segalanya tp dy menderita sakit yg membawa maut... kan lebih baik apabila dia miskin tetapi punya tubuh bdn yg sihat... samelah juga dy tdk kaya tp nk kata miskin tak jugak sbb cukup mkn.. tp keberkatan Allah dan nikmat hidupnya itu lebih dirasai...
(3) Rezeki, rezeki jugak, tapi... hukum-hakam agama tetap tdk boleh dibuat main2... kalau org Islam sendiri yg mempermainkan hukum-hakam agama, apatah lagi org2 kafir...
(4)Soal Pas atau Umno tu... x perlu diungkitkan dlm isu ini kerana dua2 Pas dan Umno adlh Islam...
Dan setiap org Islam itu adalah org yang melafazkan kalimah "LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADURRASULULLAH"...
dan dlm hadis nabi ada mengatakan,
"Barangsiapa yg melafazkan kalimah LAILAHAILLALLAH, maka dia adalah pendakwah"
dan tugas setiap pendakwah itu adalah mengajak ke arah kebaikan...
(5) Soal paksaan dlm bertudung tu, sbnrnya bkn Pas atau Umno atau sape2 je la yg memaksa anda utk bertudung... tp itu adlh perintah Allah...
setiap perintah Allah membawa makna WAJIB...
dan mendedahkan aurat itu adalah larangan Allah.. dan setiap larangan Allah membawa makna HARAM... hal ini dijelaskan hadis nabi,
Sabda Rasulullah s.a.w," 2 jenis manusia penghuni neraka yg ak tdk akn melihatnya. golongan org yg memegangt cemeti menggerakkannya sprti ekor lembu memukul manusia, glgn perempuan yg memakai pakaian tetapi bertelanjang yg menarik pandangan lelaki dan memalingkan pandangan lelaki, kepalanya pula (Rambutnya) seperti bonggol unta Khursan, mereka tdk akn masuk syurga dan tidak mencium bau semerbaknya dan sesungguhnya bau syurga itu sejauh prjalanan demikian,demikian.."
dan igtlah paksaan ke arah kebaikan itu adlh perlu ke atas setiap org Islam... jgn kaitkan dgn Firman ALlah, " Tiada paksaan dlm agama" kerana ayat al-Quran tersebut bkn ditujukan kpd umat Islam tp ditujukan kpd org kafir yg bermaksud, tiada paksaan kpd mereka utk memeluk Islam...
(6) kalau beginilah cara seorg pendakwah mendakwah kpd seseorg, nescaya, runtuhlah keagungan Islam... Islam adlh agama yg mudah dan tdk membebankan... Islam juga adlh agama yg beradab... niat kita utk menegur dan mengajak mereka ke arah kebaikan mmg la sesuatu yg mulia tp sesuatu yg mulia ini boleh menjadi haram apabila slh cara dan wasilahnya...
ad 3 cara dakwah, 1) bil hikmah(dgn bijaksana).. 2) bil mujadalah (perdebatan yg baik)... dan yg ke 3) bil mau'izhotil hasanah (nasihat yg baik)...
berdakwahlah dgn cara yg betul.. tgurlah mereka dgn perkataan yg baik... bkn mencela mereka... Allah telah melarang org Islam mencela sesama mereka...
(7) Sama2lah kita saling mengingat2 antara satu sama lain... sesungguhny, setiap anak Adam itu melakukan kesilapan dan sebaik2 kesilapan adlh yg diikuti dgn taubat... Let's Spread The Love of Islam... same2 lah kita tingkatkan martabat umat Islam di mata dunia.. dan same2 lah kita tingkatkan usaha kita dlm amar makruf nahi munkar... Jom same2 kita cantas dakyah org yahudi dan sebarkan dakwah Islamiah yg sebnr2nya.. mulakan dari detik dan saat ini sblm semuanya terlambat...
igtlah... Sbda Rasulullah s.a.w, " ak tinggalkan kpd kamu 2 perkara yg mana kamu tdk akan sesat buat selama2nya selagimana kamu bergeang kpd kedua2nya; kitabullah (AL-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w (Hadis).."
Siru 'Ala Barakatillah...
Barakallahulakum...
ALLAHUAKBAR!!
Xpakai tudung hukumnya haram. Bukan hukum x manis
ReplyDeletepakai itu wajib! xde sbb n alasan nk tanggalkannya..rezeki itu dtg dari tuhan..klu kite anggap pkai tudung tu mmbuatkan rezeki kite kurang..maka dlm xsedar kite anggap tudung itu pemberi rezeki!! syirik namanya!! syirik itu hukumnya wajib dituntut,walau xsngaja kite lakukan!
ReplyDeletejom ramai2 kutuk SITI NURHALIZA...
ReplyDeleterezeki di mana2, kau je yg xpandai cari ,apa laa
ReplyDeleterezki,dosa,pahala punya diri yg tanggung..pndai2 la diri seseorg tu fkir..
ReplyDeletejgn sb ko tkut rzeki ko x dtg,ko snggup menolak hukum..mgkin ko ckp bia Allah je yg tentukan niat ko,ko bleh ttup mulut org..d'org ni mrah kt ko sb prangai/cara/percakapn ko tu akn m'jadi ikutan kpd wanita2 yg t'kemudian dri ko..secara x lngsung ko da jdi punca penyebab wanita2 t'kemudian m'nanggung dosa..plz la weii..bg aku siapa yg m'bela minah tu ko jua akn d'pertanggungjwabkn akn dosa2 yg akn b'laku..korg
ReplyDeletenk ke???
lah ape sal lah dia ni bodoh sgat kn buka tudung haram mane nya duit penting dari pade hukum allah lah kn ni lah budak jahil laps 2 gi umrah wat ape ni lahorg yag x ade iman dalam diri dia taubat lah
ReplyDelete,,,,,,,
ReplyDeleteklu kita buat bnda ALLAH suruh.......tinggl ap yg ALLAH larang....kerana ALLAH taala,bukan kerana manusia @ harta @ krana dunia.cth.nk jd popular @ lain2......nescaya ALLAH akan buka kpdmu jalan yg lurus & rzki yg mlimpah ruas...tapi jgn kita niat buat bnda nk kpd blsan ALLAH..buatlah bnda dgn ikhlas tkt kpd ALLAH...kamu akn jd insan yg trbaik....mlsah mcm ni trjadi,,sbb buat bnda krna sje2 nmk popular.ikut trend @ lain2,,,,sbb 2 la suke ati dy je nk buat dose......lu pikirla sdiri!!! sbb nk pd dunia,,bnda haram jgk kau buaT!!!!!.
Kalau dah tau Allah Maha mengetahui...awat tak doa minta Allah berikan rezeki yang baik dan banyak?
ReplyDeleteKenapa mesti buka tudung dik oiii...
yg dok maki cinny hampa p taubat lu...dok hukum org kapir ntah hmpa pa kapir...
ReplyDeletekalau dah name nye ARTIS, artis jugak. Lame2 biol jugak bile ARTIS2 ni bagi komen. Hukum tetap hukum la
ReplyDeletewajib menutup aurat, bukan saja bertudung
ReplyDeleteADUH, klau dah namer nyer artis memang cam nie la agaknyer?
ReplyDeletesemoga dilimpahkan hidayah dan di gerakkan hati,jiwa anne utk BENAR2 menutup aurat, bertudung.Insyaallah.
Bukan mudah, tp ia adalah kewajipan kita.
Fikir2 kan.
kepada anne. akk juga janda seperti anda namun perintah Allah agar kita bertudung adalah wajib ditunaikan. mencari rezeki di muka bumi Allah ini tidaklah sesukar mana jika anne mampu mengatasinya. Anne, berubahlah ke arah kebaikan dan kemuliaan. Berubah kerana Alla bukan kerana manusia ataupun kerana sesuap nasi.
ReplyDeleteErr..ada sesiapa dekat sini tau ayat mana dalam Al-Quran yang suruh pakai tudung? Thank you.
ReplyDelete(i) Batasan aurat wanita
ReplyDeleteAurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].
perempuan tidak wajib memakai tudung, tetapi wajib menutup aurat ^^
dia bertudung atau tidak... itu hak dia... kau takde hak nak tegur dia...body sendiri masing-masing jagalah!
Deletehak dia? hakpui!!
DeleteAnonymousFeb 23, 2012 08:48 PM - ni dia jenis orang yg akal nye menguasai hukum ..... ingat semua yg ade kat diri kita ni adalah hak ALLAH sepenuh nye .... so bila ALLAH suruh buat (tutup aurat) kita kene ikut .... jangan jadi BEBAL yer....
ReplyDelete