UMUM tahu penyanyi jelita, Mulan Jameela sudah lama bersendirian membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi. Bukan kerana tiada lelaki yang inginkannya, cuma dia belum lagi mendapatkan lampu hijau daripada anak-anaknya.
"Saya pun tak tahu bila jodoh saya akan tiba. Semuanya bergantung pada anak-anak kerana mereka yang akan memberikan lampu hijau untuk saya berkahwin semula.
"Walaupun saya sudah ada calon, anak-anak masih belum mengizinkan saya untuk mendapatkan bapa baru untuk mereka," katanya kepada laman web Kompas.
Sebelum ini, Mulan sering dikaitkan dengan penyanyi Ahmad Dhani dan mereka sedang hangat bercinta.
Malah, Mulan juga dikatakan menjadi punca perceraian Ahmad Dhani dan Maia.
Bagaimanapun, sehingga kini, spekulasi mengenai percintaan mereka berdua masih lagi menjadi persoalan apabila kedua-duanya enggan mengulas mengenai hubungan sebenar mereka.
Namun, keakraban mereka sangat terserlah bukan sahaja di Indonesia bahkan saat berkunjung ke Kuala Lumpur baru-baru ini apabila Mulan turut menemani Ahmad Dhani.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: