Saturday, December 26, 2009

Agnes juri muda \Indonesian Idol\

SEJAK kebelakangan ini populariti penyanyi dan pelakon muda, Agnes Monica dilihat semakin menjadi memuncak bukan sahaja di Indonesia bahkan di Malaysia dan Singapura.

Kini biarpun baru berusia 23 tahun, kehebatan Agnes boleh dikatakan sebaris dengan penyanyi senior.

Justeru bukanlah menghairankan apabila penyanyi itu kini dipilih secara rasminya menjadi juri Indonesian Idol 2009, menggantikan kerusi juri, Titi DJ.

Agnes bakal berganding bersama pemuzik Anang Hermansyah dan Erwin Gutawa sebagai juri.

Menurut penerbit program tersebut, Freemantle Media, pengambilan Agnes disebabkan pencapaian yang hebat diperoleh penyanyi jelita itu serta populariti yang semakin menjadi-jadi.

Tambahan pula, pengalaman menyanyi sejak berusia enam tahun sehingga ke peringkat antarabangsa membuatkan Agnes sememangnya layak menjadi pengkritik walaupun para peserta Indonesia Idol mungkin lebih tua daripadanya.

Agnes memperoleh pelbagai pencapaian bermula daripada Anugerah Muzik Indonesia hingga yang terbaru dua piala menerusi program MTV Indonesian Awards 2009.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: