Saturday, December 5, 2009

Afgan dan Olivia bagai bercinta


AFGAN dan aktres Olivia Jensen.


KHABAR terbaru yang sedang bertiup kencang di Jakarta ketika ini ialah gosip antara penyanyi Afgan dan aktres Olivia Jensen.

Jika dulu mereka dikatakan bercinta kerana Olivia menjadi model muzik videonya, tetapi kali ini kerana mereka berdua sama-sama terlibat dalam sebuah filem yang sama.

Afgan bagaimanapun tidak ingin gosip yang berhembus dilihat sebagai senjata untuk meningkatkan populariti filemnya pada mata kaca penonton.

"Saya mahu orang menonton filem itu bukan kerana gosip cinta tetapi kerana bakat lakonan saya serta jalan ceritanya," ujarnya.

Walau begitu, jejaka berkacamata itu tidak rasa terganggu dengan gosip cintanya. Dia hanya menempuhnya dengan santai. Baginya yang penting adalah fokus dalam pekerjaan.

Bagaimanapun ketika disoal apakah dia langsung tidak memiliki sebarang perasaan terhadap Olivia, Afgan menjawab dengan nada selamat.

"Tidak tahu juga ya. Rasa suka boleh timbul bila-bila saja. Kalau benar tidak ada salahnya," ujar Afgan yang masih berteka-teki dengan pihak media.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: