Wednesday, December 9, 2009

9 lelaki ditipu ketua penculik - Dalang kes culik yang menghilang diri bersama wang RM600,000 jadi buruan

KUALA LUMPUR - Sekumpulan sembilan penculik menyesal tidak sudah apabila mereka bukan saja terpaksa meringkuk dalam lokap malah ditipu hidup-hidup oleh ketua mereka yang menghilangkan diri bersama wang tebusan berjumlah RM600,000 di sini baru-baru ini.

Suspek-suspek berusia antara 19 dan 47 tahun itu ditahan secara berperingkat dalam operasi khas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sekitar Kedah, Selangor dan ibu negara minggu lalu.

Kesemua suspek yang ditahan ada di kalangan mereka adalah ahli perniagaan, kakitangan kerajaan dan ada yang masih belajar.

Bagaimanapun ketua kumpulan penculik yang telah menghilangkan diri sebaik mendapat wang tebusan berjumlah RM600,000 hasil kerja sembilan anak buahnya.

Satu sumber berkata, sembilan suspek itu ditahan ekoran satu kes culik seorang ahli perniagaan Singapura di ibu negara pada 21 November lalu.

Ahli perniagaan lelaki itu telah diumpan kumpulan suspek itu supaya datang ke ibu negara kononnya bagi menawarkan satu peluang perniagaan kepada mangsa.

Sumber itu memberitahu, mangsa yang setuju telah datang ke sebuah premis di Bukit Bintang dan berjumpa dengan beberapa suspek dan berbincang mengenai satu peluang perniagaan.

Selepas perbincangan itu mangsa pulang ke bilik hotelnya di ibu negara dengan memandu sebuah kereta Mercedes seorang diri.

"Berhampiran hotel, kereta mangsa telah dihalang oleh dua buah kereta yang dinaiki beberapa lelaki.

"Mangsa kemudian diheret masuk ke dalam salah sebuah kereta suspek itu," kata sumber itu.

Mangsa telah dibawa ke sebuah rumah dan dia dikurung dalam keadaan tangan dan kaki diikat manakala mulutnya pula ditutup.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: