Sunday, November 8, 2009

Pemandu van keselamatan larikan RM55 juta wang kertas baru


Tony Musulin


PIHAK berkuasa Perancis kelmarin melancarkan gerakan mencari seorang pemandu van keselamatan setelah dia tiba-tiba lesap bersama wang tunai siri baru berjumlah 11 juta euro (RM55.7 juta).

Pendakwa raya wilayah Lyon, Xavier Richard berkata, suspek yang dikenali sebagai Tony Musulin, 39, dipercayai merancang jenayah itu terlebih dahulu serta bergerak berseorangan.

Kata polis, siasatan di apartmen suspek mendapati rumahnya kosong termasuk barang-barang di dalam peti sejuk milik Musulin.

Polis kini memburu Musulin di semua lapangan terbang utama termasuk di pintu sempadan.

Pada Khamis, Musulin yang ditugaskan bersama dua pengawal lain mengambil wang tunai daripada sebuah cawangan bank pusat Perancis, Banque de France di Lyon namun dia secara mengejut memecut van yang dipandunya.

Suspek bekerja dengan syarikat Loomis France sejak 10 tahun lalu dan masih bujang, demikian menurut kenyataan syarikat yang mempunyai kepakaran dalam penghantaran wang tunai serta barangan berharga itu.

Jelas syarikat, van tersebut dijumpai beberapa jam kemudian tetapi Musulin sudah menghilangkan diri bersama wang tersebut.

Musulin berhadapan hukuman penjara tiga tahun jika didapati bersalah oleh mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: