
“‘Besday’ tahun ni saya sambut dekat set saja dan adalah mereka buat sikit ‘celebrate’ untuk saya. Biasanya tahun-tahun sudah, saya buat majlis hari lahir dengan anak-anak yatim, tapi tahun ini tak berpeluang pula sebab saya terlalu sibuk dengan lakonan. Tapi insya-Allah bulan puasa nanti saya cadang nak sambut majlis ini dengan mereka (anak-anak yatim) juga,” kata Zed yang kini bernaung di bawah syarikat perunding ternama, Aquila Emas.
Bertanyakan tentang perkembangan seninya, kata Zed, dia yang baru selesai menjalani dua penggambaran iaitu Teratak Mahligai (25 episod) dan Cuci-Cuci Servies (26 episod) untuk RTM akan meneruskan penggambaran untuk filem terbarunya, Niyang Rapik arahan Ahmad Idham di samping pelakon popular, Liyana Jasmay, Kamal dan Fizz Fairuz.
“Sekarang ni jadual lakonan saya memang padat. Dari awal tahun hingga hujung tahun boleh dikatakan ada saja penggambaran. Inilah berkat usaha saya selama ini yang tak pernah putus asa untuk bekerja keras. Kalau ditanya tentang kepuasan, sampai sekarang, saya masih belum puas berlakon dan saya sedia untuk menerima apa sahaja watak,” kata Zed Zaidi yang mula menempa nama dalam drama bersiri sembilu, di samping heroinnya, Hetty Sarlene, tidak lama dulu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: