
Diajukan hal itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar yang ditemui ketika pelancaran drama bersiri Impian di The Curve baru-baru ini bagaimanapun tidak mudah melatah. Sambil melemparkan senyuman, Lufya, berkata, dia bukanlah seperti yang digembar-gemburkan itu kerana mungkin ada yang salah faham dengan sikapnya yang suka berterus-terang itu.
“Macam-macam orang dah salah faham tentang saya. Tapi sejujurnya, saya bukannya macam itu. Saya ni jenis yang suka bercakap, dan tak tahulah kalau ada yang tersinggung. Kalau bercakap, saya ni suka ‘out spoken’ dan tak tahulah kalau dalam secara tak sengaja tu ada yang terasa pula. Kalau boleh saya nak kawan dengan semua orang, tapi tak sangka pula ada yang salah faham.
“Apa pun saya tak nak panjangkan lagi isu ini, sebab yang lepas tu biarlah lepas dan kalau boleh saya nak buka buku baru dan bina hidup yang lebih baik. Saya tak mahu dipanjangkan lagi isu seperti ini kerana saya khuatir ia akan menjejaskan periuk nasi saya.
“Sekarang ni saya nak fokus pada karier saja dan terpulang pada mereka nak anggap saya macam mana,” kata Lufya yang kini sedang membintangi drama Impian 2 di TV3.
Dalam drama tersebut Lufya membawa watak sebagai Lily, gadis ceria yang bekerja di salon milik Azri (Esma Daniel. Dia yang jatuh cinta dengan seorang jejaka bagaimanapun terpaksa akur kerana jejaka itu sudah pun berpunya. Selain Lufya, drama menarik ini juga diterajui Diana Amir, Wardina, Esma Daniel, Kamal Adli, Nadiya Nisaa, Al-Hafiz, Junad, Azwan dan Liyana.
Akan muncul dengan single album
Bakatnya dicungkil dari program realiti nyanyian, namun gadis manis kelahiran Johor Bahru ini dilihat lebih menyerlah dalam bidang lakonan. Selain pernah membintangi beberapa drama tempatan, bakatnya turut mendapat perhatian produksi luar.
“Sebagai artis baru, saya sedia menerima apa sahaja tawaran, malah saya tidak pernah memilih. Sebelum ini, misalnya saya pernah membawa watak gadis bisu dan pekak dalam drama ‘Awekku bukan Awekmu’ dan juga pernah berlakon sebagai pelarian Afganistan dalam Banisha.
“Sesetengah orang menganggap, dengan gaya dan imej yang saya bawakan, tak mungkin saya boleh melakonkan watak seperti itu. Tetapi mereka silap kerana saya memang sukakan cabaran dan saya sanggup melakonkan apa sahaja watak, ” kata Lufya yang turut berlakon dalam drama 6 Sharifah yang kini sedang ditayangkan di Astro Prima.
Sungguhpun semakin laris dalam lakonan, namun gadis yang berusia 24 tahun ini masih bekerja keras untuk merealisasikan cita-citanya sebagai penyanyi. Dalam kesibukannya memenuhi jadual penggambaran, dia masih berkesempatan merangka single album barunya. Malah kata Lufya, dia sebolehnya mahu muncul dengan singlenya dalam masa terdekat ini.
“Saya dan ‘plan’. Saya nak selesaikan semua kerja lakonan saya dulu dan cari masa yang sesuai untuk fokus buat album pula. Tapi, tak bermakna saya akan tinggal lakonan kerana dua-duanya sudah menjadi keutamaan saya dan saya akan cuba seimbangkannya.
“Buat masa ini, saya dah ada beberapa lagu untuk dijadikan single. Dalam masa yang sama saya juga ada meminta lagu dari sepupu saya di Indonesia. Untuk pengetahuan, saya sememangnya ada ramai saudara di Indonesia yang cukup berbakat dalam muzik dan mereka tidak keberatan untuk bekerjasama.
“Pun begitu, saya tidak bergantung pada mereka semata-mata kerana saya juga ada membuat lagu sendiri dan saya juga mengalu-alukan kerjasama dari komposer kita yang mana mempunyai lagu dan idea untuk menghasilkan single pertama saya,” kata Lufya dengan penuh optimis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: