|
 |
| KISAHNYA dirisik ahli perniagaan berpangkat Datuk dan berstatus duda dua anak bukan rahsia lagi di kalangan peminat mahupun pihak media. |
Ternyata, selepas sekian lama hidup bersendirian, hati pelakon Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, 36, terbuka untuk berumahtangga seperti rakan seperjuangannya yang lain.
Ketika ditemui sempena program masakan Citarasa Ber sama Datuk Siti Nurhaliza terbitan Global Station Sdn Bhd di kediaman Siti di Bukit Antarabangsa, baru-baru ini, Umie yang menjadi artis undangan dalam program itu mengakui dirinya sudah sampai seru untuk berkahwin.
“Soal jodoh itu adalah ketentuan Tuhan dan mungkin doa saya di Makkah untuk mendapat jodoh selama ini sudah dimakbulkan Tuhan. Saya tidak jangka ia akan berlaku tetapi sebagai hamba-Nya, saya reda dengan apa yang ditentukan Tuhan.
“Terus terang, perasaan saya pada si dia berlainan sama sekali. Dia lelaki yang matang, penyayang dan lembut orang nya. Mungkin kerana usianya sudah pertengahan 40-an.
“Saya masih ingat pesanan arwah bapa ketika hayatnya dulu, ‘Carilah lelaki yang lebih mencintai diri kita dari kita mencintainya kerana dia akan buat kita gembira dan rumah tangga itu akan berkekalan’,” katanya.
Umie yang nampak berseri-seri ketika bercerita berkata, dia ingin mengenali lelaki yang menawan hatinya itu dengan lebih rapat lagi. Bagaimanapun, Umie nampak begitu ber hati-hati ketika memulakan bicaranya.
“Maaflah, banyak hati yang perlu dijaga, saya bimbang, jika terlanjur kata, akan menyinggung perasaan di sebelah pihak si dia.
“Sebenarnya, perkenalan kami agak singkat dan belum keluar berdua-duaan pun lagi seperti pasangan bercinta lain. Mungkin bila sudah ada ‘lesen bertunang’ nanti, lebih mudah untuk saya mengenali dirinya.
“Ini bukan percintaan biasa kerana usia saya pun bukan remaja lagi. Zaman remaja saya sudah berlalu. Kini, tiba masanya saya menjalin hubungan serius untuk membina keluarga. Mungkin si dia adalah yang terbaik buat saya.
“Bagi saya perkahwinan itu bukan satu perjudian. Apa saja dugaan dalam rumah tangga, pasangan itu perlu meng hadapinya bersama dan saya juga tidak pernah terfikir pada perceraian,” katanya.
Bagi Umie, hubungan cintanya yang lalu sudah menjadi sejarah dan tidak perlu diingati lagi.
“Saya juga lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan yang baru. Maklumlah, saya sukar untuk jatuh cinta dan mudah untuk mencari pasangan hidup seperti wanita lain.
“Mungkin orang lain selepas putus cinta, satu atau dua tahun selepas itu akan menemui penggantinya. Saya pula sebaliknya, kalau sudah menyayangi seseorang, itulah ‘cinta mati’ saya,” katanya.
Ditanya mengenai persiapan majlis pertunangannya nanti, Umie berkata, pihaknya masih mencari tarikh sesuai untuk hari bersejarah itu nanti.
“Majlis akan dilaksanakan mungkin sebelum menjelang Ramadan nanti. Buat masa ini, saya masih dalam per bincangan dengan pereka terkenal Bill Keith untuk baju yang digayakan pada majlis pertunangan nanti.
“Apa yang penting, saya tidak akan menyorokkan majlis pertunangan itu dari peminat mahupun rakan media apabila tiba masanya nanti,” katanya.
Mengulas mengenai penerimaan dua anaknya pula, Umie berkata, anak lelakinya, Daniel, 16 dan Helmi, 15, juga mendoakan yang terbaik buatnya.
“Kedua-dua anak saya bersedia menerima kehadiran orang baru dalam kehidupan kami sekeluarga. Maklumlah, mereka sudah remaja dan memahami apa yang berlaku.
“Sebagai anak, sudah pasti mereka mahukan saya hidup gembira dan sampai masanya saya memikirkan masa depan saya pula.
“Saya juga tidak ada masalah untuk menerima kehadiran bakal dua anak tiri nanti kerana sudah mempunyai dua anak angkat yang dipelihara sejak kecil.
“Begitu juga diri si dia yang menerima kedua anak saya seperti anaknya. Sebelum dia datang merisik, dia juga sudah tahu saya adalah ibu kepada dua anak angkat,” katanya.
Bercerita mengenai perkahwinan impiannya pula, Umie berkata, dia mengimpikan majlis perkahwinan yang ringkas saja.
“Jika nak diikutkan, saya tidak mahu majlis persandingan dan kalau boleh majlis akad nikah kami diadakan di masjid saja.
“Tapi itu hanya impian saya kerana saya mempunyai keluarga dan perlu menjaga hati mereka termasuk keluarga di sebelah pihak sana. Pada masa sama, saya perlu menghormati adat istiadat Melayu yang diwarisi sejak turun temurun.
“Sebab itu, ada majlis merisik dan pihak keluarga si dia menyarungkan cincin di kediaman keluarga saya pada 17 Mei lalu. Semuanya diatur keluarga kedua-dua belah pihak.
“Kini, saya mengharapkan peminat juga mendoakan yang terbaik buat saya dan perkahwinan itu menjadi kenyataan nanti,” katanya.
Menyentuh perkembangan kerjaya seninya pula, Umie yang pernah diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke 16 (2003) ini berkata, dia terbabit dengan penggambaran drama raya iaitu Aku Bukan Malaikat arahan Aziz M Osman untuk TV3. Selain itu, ialah drama raya arahan kakaknya sendiri, Erma Fatima untuk saluran TV2.
>Profil
NAMA SEBENAR: Umi Khalsum Rahmad Ali
TARIKH LAHIR: 18 Januari 1973
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak ketiga daripada enam beradik
ANAK (ANGKAT): Mohd Daniel Firdaus, 16, dan Mohd Zulhilmy, 15
KERJAYA: Pelakon
ANTARA DRAMA: Salam Taj Mahal, Nur Fitri, Surah Terakhir, Dalam Hati Ada Cinta, Selamat Hari Jadi Su, Rumah Di Tengah Sawah, Vise Versa, Kekasihku Seru, Aku Bukan Malaikat, Sepihan Laungan Takbir
FILEM: Senario Lagi, Mrs Cinderella, Embun, Gangster, Puaka Tebing Biru, Diva Popular, Pisau Cukur, Dukun
ANUGERAH: Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-16 (filem Embun), Pelakon Terbaik Anugerah
Skrin 1999 (drama Surah Terakhir) dan Pelakon Terbaik Anugerah Skrin 2001 (drama Ayuni).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: