Tuesday, July 21, 2009

Tandas awam masih bawah standard


KERATAN muka depan Kosmo! 7 Mei.


PETALING JAYA - Isu tandas awam di negara ini yang sering dikaitkan dengan perkara negatif seperti kotor, tersumbat dan tiada bekalan air turut menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, umum berpendapat tandas awam di Malaysia berada di bawah aras standard yang mereka mahukan.

"Walaupun pelbagai program telah dilaksanakan, keadaan tandas awam sebahagiannya, masih lagi tidak memuaskan," katanya ketika berucap melancarkan Kempen Kebersihan Awam Bagi Menangani Pandemik Selesema Babi (H1N1) Peringkat Kebangsaan 2009 di sini semalam.

Muhyiddin berkata, audit yang dijalankan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terhadap tandas-tandas seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) pada 2008 menunjukkan daripada 16,990 tandas awam PBT dan swasta yang diaudit, 30 peratus daripadanya berada pada tahap gred C dan D.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: