![]() |
| SITI SARAH |
![]() |
| BOB |
KUALA LUMPUR - Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila merangkul 59 pingat dengan 38 daripadanya pingat emas pada Pertandingan Seni Persembahan Dunia 2009 (WCPA) di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 Julai hingga Ahad lalu.
Menurut kenyataan akhbar Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan semalam, Kumpulan Artistana dipilih sebagai juara dunia bagi kategori tarian dan memenangi Anugerah Emas peringkat akhir kategori etnik dan kebudayaan rakyat, lagu dan tarian serta lirik dan terbuka.
Pencapaian 38 pingat emas meliputi bidang nyanyian, tarian, peragaan dan muzik itu, melebihi 30 pingat yang disasarkan Malaysia.
"Kejayaan ini membuktikan kepada dunia khususnya di Hollywood bahawa keupayaan artis Malaysia dalam bidang seni setaraf dengan peringkat antarabangsa dan kejayaan ini adalah hasil kehebatan para peserta yang dipilih melalui program pertandingan Worldstars - Road to Hollywood," kata kenyataan itu.
Penyanyi Siti Sarah Raissudin memenangi Anugerah Emas peringkat akhir kategori vokal terbuka dan kategori duet dengan Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: