Wednesday, July 22, 2009

Taktik terbaru sindiket gores dan menang


YIN KEAT menunjukkan laporan polis dan kad pengenalan ahli
kumpulan gores dan menang (gambar kecil) yang diberikan
kepadanya sebelum kumpulan itu lesap dengan wang RM2,200 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Umpan mangsa pakai kad pengenalan!

Sindiket gores dan menang semakin terdesak sekarang dan mereka sanggup berbuat demikian untuk memperdayakan mangsa.

Taktik terbaru itu diceritakan sendiri oleh seorang mangsa, Cheok Yin Kiet, 22, yang mengalaminya semasa dia berada di gedung Berjaya Times Square di sini pada 19 Julai lalu.

"Pada hari kejadian, saya didatangi sekumpulan remaja berumur dalam lingkungan 20-an dan memberitahu saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah.

"Bagaimanapun, saya tidak percaya sama sekali sehinggalah salah seorang daripada ahli kumpulan itu menyerahkan kad pengenalannya kepada saya. Langkah ini dibuat untuk meyakinkan saya yang mereka tidak menipu sebelum membawa saya ke pejabatnya yang terletak di Taman Desa," katanya ketika ditemui di pejabat MCA Wangsa Maju di Danau Kota di sini semalam.

Menurut Yin Keat, ketika berada di pejabat itu, dia diminta membuat pembayaran sebanyak RM2,200 bagi mendapatkan hadiah bertuah tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: