Friday, July 24, 2009

Sasarkan 200,000 botol percuma Revive


TUKAR botol atau tin lama minuman isotonik sehingga 21 Ogos ini untuk sebotol 1..5 liter Revive Isotonik percuma.


HASIL kejayaan promosi tukar yang lama untuk baru yang diadakan dua bulan lalu, Cabaran Pertukaran Revive Isotonik kini kembali lagi dengan ganjaran yang lebih besar.

Berlangsung sejak 11 Julai lalu sehingga 21 Ogos ini, rakyat Malaysia kini berpeluang untuk menukar botol atau tin lama minuman isotonik mereka untuk mendapatkan sebotol 1.5 liter minuman Revive Isotonik secara percuma.

Kali ini, Permanis Sdn. Bhd., pengilang Revive Isotonik, menyasar untuk menghadiahkan 200,000 botol 1.5 liter minuman Revive Isotonik bagi mengatasi rekod terdahulunya sebanyak 80,000 botol.

Pengurus Pemasaran Permanis, Hemalatha Ragavan berkata, ia cara terbaik untuk merangsang pengalaman pengguna yang memilih Revive Isotonik.

Cabaran Pertukaran Revive Isotonik ini berlangsung dari pukul 1 tengah hari hingga 8 malam, setiap Sabtu dan Ahad di 26 lokasi seluruh negara.

Kunjungi dan dapatkan sebotol 1.5 liter Revive Isotonik secara percuma di pasar raya, pasar raya besar dan pusat membeli-belah berikut di seluruh negara.

25 & 26 Julai dan 1 & 2 Ogos:

* Lembah Klang: KL Sentral, Sg. Wang Plaza, Carrefour Kepong, Carrefour Subang, Carrefour Wangsa Maju, Carrefour Sri Petaling, Carrefour Klang

* Lokasi lain: Giant Senawang Negeri Sembilan, Sunshine Falim Pulau Pinang, Jusco Ipoh, Carrefour Batu Pahat, Mydin Hyper Melaka dan Giant Kuantan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: