
IPOH - Lebih ramai pesalah trafik akan menghadapi risiko disaman menerusi langkah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memasang 200 unit Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) mulai 1 September ini.
Setakat ini sebanyak 200 kawasan berisiko tinggi kemalangan telah dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) untuk pemasangan kamera tersebut yang mempunyai fungsi membuat rakaman kesalahan trafik dengan lebih berkesan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, AES lebih praktikal berbanding sistem kamera sedia ada yang beroperasi di bawah seliaan Polis Diraja Malaysia.
"Ia dibangunkan bersama sebuah syarikat swasta dengan keupayaan merakam kesalahan seperti melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju serta beroperasi 24 jam tanpa henti,'' katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: