
KUALA LUMPUR - Syarikat produksi filem dan drama perlu menanggung sendiri kerugian jika Lembaga Penapisan Filem (LPF) memotong adegan aksi pelesit rempit dan pondan daripada ditayangkan.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kei berkata, soal pampasan tidak timbul kerana ia bukan tanggungjawab kerajaan.
"Kita tidak akan bayar ganti rugi.
"Ia (pelesit rempit dan pondan) tidak seharusnya jadi bahan yang diuar-uarkan kerana filem seharusnya ada nilai yang beri manfaat kepada masyarakat," ujarnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perpustakaan Digital Kelima dan Katalog Induk Kebangsaan (KIK) di sini semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai kerugian yang bakal dihadapi syarikat produksi filem jika kerajaan mengharamkan penyiaran aksi pelesit rempit dan pondan dalam filem.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: