
Prestasi itulah ditunjukkan, Mazuan A/L Bah Gajah hingga melayakkan dia menggondol hadiah utama wang tunai RM10,000 selain tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Pemuda yang berasal dari Tapah, Perak ini cukup menyerlah dengan persembahan lagu Hanya Dirimu Dalam Hatiku ciptaan Anizan A/L Rosli dan Penghujung Rindu, lagu popular Jamal Abdillah hingga dipilih juri sebagai pemenang tempat pertama.
Tempat kedua disandang Maznah Majid, gadis berusia 24 tahun yang memilih mendendangkan lagu Aku Di Sini dan lagu pilihannya, Tak Mungkin Kerana Sayang dendangan penyanyi asal Alyah, bertuah membawa pulang wang tunai bernilai RM8,000.
Manakala tempat ketiga pula menjadi milik gadis kecil molek, Wah Moliz A/P Bah Long yang memenangi wang tunai RM6,000 dengan menyampaikan lagu Bintang dan lagu pilihannya, Kalis Rindu.
Meski pun peserta yang menyanyi lagu ciptaannya sekadar meraih tempat ke tiga, Kategori Pencipta Lagu Terbaik dimenangi Long Exsan dari Bota, Perak yang menghasilkan lagu Bintang memadamkan hasrat tujuh komposer amatur lain yang membariskan nama-nama OTG, Kak Ham, Nizam, Jaafar Salleh, Mustaffa, Anisa Rosli dan Remy dengan membawa pulang wang tunai RM6,000 ribu.
Begitu pun, lima finalis lain yang bertanding memberikan persaingan yang hebat. Mereka ialah Noraini Abu, Azizi Jafri Awang, Noraliza Iskandar Zulkarnain, Ramlan Abak dan Nora Hafizah Nordin turut bertuah membawa pulang hadiah sagu hati berbentuk wang tunai RM1,000.
Sepanjang dua jam bersiaran secara langsung, penonton dihiburkan dengan celoteh dua pengacara yang menggandingkan juruhebah Asyik FM yang popular, Rozima dan personaliti RTM, Ivan Toh. Malah turut menampilkan persembahan artis undangan dengan beberapa dialek popular Orang Asli.
Persembahan Itam Jelmol (dialek Temiar, lagu Balei Peninjol), Agek (dialek Semai / Wak Anuk), Belalang dengan lagu (dialek Jakun/ Joget Kapal Terbang) dan Era (dialek Temuan / Sampai Hati Awak). Selain itu duet penyanyi Cliff dan Ester, Dia Fadilla (Jat Da Da) dan Misha Omar (medley Misha) turut memeriahkan majlis.
Juri-juri yang mengadili pertandingan akhir Juara Asyik 2009 terdiri daripada Helen Yap, A. Ali, Khoo Fook Sin, Johari Teh dan Jimmy Ali sebagai ketua juri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: