Sunday, July 12, 2009

Mat rempit mengganggu ketenangan


DUA mat rempit berlumba dengan aksi ngeri pada siang hari di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu
semalam.


KOTA BHARU - Pemandangan di sekitar Jalan Pengkalan Chepa menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra memang mengasyikkan. Tanaman menghijau di sepanjang jalan menyejukkan mata pengunjung ke negeri ini yang datang melalui jalan udara.

Lebih menarik lagi, kawasan tersebut juga sering dilihat menjadi tumpuan ibu bapa untuk membawa anak-anak melihat kapal terbang yang naik dan turun.

Itu panorama pada siang hari. Berbeza dengan sebelah malam yang sepatutnya tenang dan damai, keadaan menjadi sebaliknya sehingga mencetuskan rasa tidak senang hati kepada sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut.


PEMANDANGAN biasa yang boleh dililhat selepas tengah malam di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu sehingga mengganggu ketenteraman awam.


Semuanya disebabkan aktiviti lumba haram oleh kumpulan mat rempit yang sengaja menjadikan laluan tersebut sebagai medan menguji kecekapan dan melakukan aksi mengerikan!

Bukan sehari dua aktiviti tersebut dilakukan oleh kumpulan mat rempit ini tetapi boleh dikatakan hampir setiap malam. Kemuncak 'persembahan' mereka pastinya malam minggu yang menyaksikan kehadiran orang ramai sebagai penonton.

Bukan pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak bertindak, tetapi mereka masih tidak serik dan terus melakukan aktiviti tersebut sebaik sahaja line clear.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: