|
|
KUANTAN - Polis mengesahkan 19 butir bom yang dijumpai seorang peniaga pasar malam di Taman Rekreasi Cherok Paloh, Penor di sini Khamis lalu ialah bom asap dan tidak mengandungi sebarang bahan letupan yang berbahaya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supritendan Zulkfli Taha berkata, berikutan itu semua bom yang ditemui itu tidak berbahaya dan tidak boleh mendatangkan kecederaan.
"Hasil siasatan dijalankan, kita percaya bom tersebut digunakan untuk latihan sama ada oleh pihak tentera atau bomba.
"Ia juga dipercayai ditembak dari arah laut yang mana ia hanya mengeluarkan asap dan kebiasaannya digunakan untuk operasi menyelamat," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: