Sunday, July 12, 2009

Masih balik ke rumah bekas isteri

KHABARNYA seorang artis yang juga bekas suami seorang pelakon popular itu, walaupun sudah bercerai, tetap pulang ke rumah bekas isterinya.

Bukan setakat jenguk dan bermesra dengan anak-anak, Joyah dengar cerita, siap bermalam di rumah bekas isterinya itu.

Dengarnya orang sekeliling kawasan perumahan mereka sudah bising-bising. Sebab perlakuan itu bukan sahaja tidak manis di pandang malah memang haram ikut hukumnya.

Iyalah, mereka bukan lagi pasangan suami isteri. Kalau nak duduk bersama kembali, kenalah rujuk.

Yang hairannya, masa masih ada ikatan perkahwinan, tak mahu pula duduk diam-diam kat rumah. Ini, bila dah bercerai berai, pandai pula balik dan tidur di rumah. Entahlah.

Joyah dengar khabar, si bekas suami artis ini juga suka ‘mengelat’ bila minta bayaran untuk membayar security.

Alasannya, dia tak ada duit. Hai, bukan main banyak berlakon pun tak ada duit ke cik abang? Oh! Mungkin sebab itu kot dia balik ke rumah bekas isteri tumpang tidur!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: