Friday, July 24, 2009

Manohara gembira dengar akan dicerai

JAKARTA - Manohara Odelia Pinot (gambar) gembira apabila mendengar berita bahawa suaminya iaitu Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry mahu menceraikannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita yang berumur 17 tahun itu mengaku dia mengharapkan akan dicerai oleh suaminya.

"Saya berasa gembira dengan ugutan cerai itu. Itulah yang saya mahukan sejak dari awal pernikahan saya," katanya yang ditemui di Studio Persari, Ciganjur, Jakarta Selatan malam kelmarin.

Menurut akhbar itu, Manohara bersedia untuk datang ke Malaysia jika diberi jaminan keselamatan.

Manohara yang merupakan seorang model terkenal membuat kenyataan itu selepas terdapat desas-desus bahawa Tengku Muhammad Fakhry mahu menceraikannya.

Pihak media memberikan liputan meluas terhadap kes Manohara selepas dia mendakwa didera oleh suaminya.

Manohara berkahwin dengan Tengku Muhammad Fakhry pada Ogos 2008.

Pada Mei lalu, Manohara melarikan diri ke Indonesia dari Singapura dengan bantuan polis republik itu.

1 comment:

  1. lagi, mak manohara kasi anak angkat minum air kencing
    sila lihat sini http://rakyatkelantan.blogspot.com

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: