
MARSEILLE - Tentera Perancis dilabel 'dungu' selepas satu latihan bedilan meriam mencetuskan kebakaran yang memusnahkan puluhan buah rumah dan menyebabkan beratus-ratus orang hilang tempat tinggal, lapor sebuah akhbar semalam.
Lebih 300 orang dipindahkan dari kediaman masing-masing dekat sini, selatan Perancis apabila bedilan artileri itu tersasar dan menyebabkan lebih 400 hektar hutan sekitarnya terbakar.
Lebih 170 anggota bomba yang dibantu beberapa helikopter dan pesawat pemadam api dikerah bagi memadamkan kebakaran.
Susulan insiden tersebut, beberapa komander tentera membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kesilapan yang tidak disengajakan itu.
"Kebakaran tercetus akibat kesilapan kami dan kami memohon maaf kerana ramai orang terpaksa dipindahkan dari rumah mereka," kata seorang jurucakap tentera.
Bagaimanapun, seorang pemimpin tempatan yang berang dengan kejadian itu, Michel Sappin melabel pasukan tentera Perancis sebagai dungu dan mahu pegawai-pegawai tentera yang mengarahkan latihan artileri tersebut dibicarakan.
"Keluarga saya kini tinggal di sebuah gimnasium gara-gara kesilapan bodoh tentera.
"Mereka seperti tikus membaiki labu," kata seorang penduduk tempatan, Jean Martinez, 48.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: