Thursday, July 23, 2009

Khalifah nak bikin kontroversi?

Siapa tak kenal Jinbara, kumpulan rock yang popular dengan lagu Kasihnya Laila. Lagu tersebut dirakam semula oleh penyanyi asalnya Yabang di dalam album kedua kumpulan Khalifah. Apakah motif Khalifah? Adakah sengaja mahu timbulkan kontroversi kerana sebelum ini isu lagu itu pernah hangat apabila Yabang keluar daripada kumpulan Jinbara.Yabang pernah dihalang menyanyi lagu itu.

Bukan niat untuk mempromosikan kumpulan Jinbara, namun Yabang menegaskan hanya ingin mencuba sentuhan muzik baru.

Lagi pula Yabang merupakan penyanyi asal lagu berkenaan jadi tak salah jika menyanyikan lagu yang pernah dipopularkannya. Apatah lagi pencipta lagu Kasihnya Laila juga ahli Khalifah iaitu Harry (pemain gitar utama).

"Tiada isu siapa tiru siapa kerana penyampaian vokal dan melodi yang berbeza menjadi pemisah Khalifah daripada bayang-bayang Jinbara.

"Lagipun tak timbul masalah dengan pihak pengurusan apabila kami menyanyikan kembali lagu Kasihnya Laila. Kami muncul untuk perjuangkan muzik rock dengan identiti yang tersendiri. " jelas Yabang mengenai kontroversi terbabit.

Masalah pengurusan yang kurang memuaskan antara penyebab Yabang menarik diri dari Jinbara. Walaupun kini beralih arah kepada Khalifah, namun Yabang menjelaskan hubungan dengan ahli kumpulan terbabit masih seperti biasa.

Meskipun Khalifah sebenarnya telah wujud dua tahun lepas dan pernah menerbitkan sebuah album, namun publisiti yang kurang meluas menjadi antara penyebab album berkenaaan kurang mendapat sambutan.

Single Cintaku Dewi Kamala menjadi taruhan Khalifah menerusi album berjudul Cintaku Dewi Kamala. Khalifah yang kini bernaung di bawah MVM Home Entertainment Sdn. Bhd. cuba mempelbagaikan irama muzik dalam album ini di antaranya muzik sape dan Jawa yang dapat dinikmati menerusi lagu Puteri Di Rimba dan Kisah Abang Senja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: