Thursday, July 23, 2009

Akim serius nak berjaya

Akim AF7 kini semakin popular dengan lagu Bengang yang kerap diputarkan di corong-corong radio. Nampaknya perjalanan seni remaja dari Johor itu agak cerah.

Apabila berasa masa depannya yang nampak ada peluang dan kesungguhannya sendiri untuk menjadi penyanyi, Akim mendapat sokongan bapa saudaranya, Mat Mega, bekas anggota kumpulan Mega.

"Saya tidak tahu pun anak saudara saya ini mempunyai kesungguhan menyanyi, apabila tinggal dengan saya dan nampak dia bersungguh-sungguh barulah saya sedia membantu.

"Kalau nampak macam payah untuk mencipta nama, saya akan suruh dia balik saja ke Johor, tapi saya nampak Akim ni ada bakat yang boleh diserlahkan.

"Saya sudah lama tidak cipta lagu... nampaknya saya kena aktif balik dan saya akan mencipta lagu untuk album Akim nanti," kata Mat.

Menurut Mat, Akim seorang yang berani dan tidak segan untuk menyerlahkan bakatnya di khalayak ramai.

Mula jadi sasaran gosip

Walaupun masih muda, 18, Akim atau Afiq Hakim Ahmad sudah mula digosipkan dengan rakan Akademi Fantasia 7, Aishah. Ada juga yang cuba mengaitkan Akim dengan Dayana, peserta Anak Wayang.

"Kalau nak tahu sebelum ini Dayana ialah salah seorang peminat saya dan kami selesa berkawan. Kami pernah bergambar dan hubungan jadi mesra, tak tahu pula kemesraan kami disalahertikan," kata Akim.

Hubungan dengan Aishah pula dianggapnya sebagai teman tapi mesra sahaja, tak lebih dari itu.

"Aishah ni cute, boleh buatkan saya ketawa dan kerenah dia yang malatah membuatkan saya suka kacau dia.

"Sekarang saya masih single. belum ada yang betul-betul membuatkan saya jatuh cinta. Sekarang belum masa untuk saya bercinta," kata Akim.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kisah Akim, jangan lupa dapatkan majalah Mangga edisi terbaru yang kini sudah berada di pasaran. Akim, Dafi, Mila dan artis baru Shima menjadi penghias muka depannya. Banyak gambar eksklusif artis remaja siap berbaju raya lagi. Cepat dapatkan di pasaran ya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: