Thursday, July 23, 2009

Kekwatnye artis kepoh tu

Umm... banyak pula Mangga Muda terbaca gosip pasal seorang selebriti yang berlagak sombong. Nampaknya minggu lalu banyak pula insiden melibatkan selebriti itu diperkatakan.

Mangga Muda tak heran sebab dah banyak kali terdengar cerita kurang enak pasal selebriti yang seorang tu. Patutlah jarang nampak dia berlakon drama. Hanya produksi yang satu tu saja sering undang dia. Yalah kebetulan orang di sebalik tabir produksi itu memang kawan baik dia dari dulu.

Walaupun banyak kerenah semasa di lokasi, dia layanlah jugak. Ada insiden pelakon lain menggeletar dengan dia sebab apabila adegan memukul watak lain dia pukul sesungguh hati dengan alasan mahu menghidupkan lakonan. Kalau yang dipukul itu orang sebaya tak apa lah jugak, tapi si mangsa itu budak-budak. Kan kes niaya tu. Menggeletarlah budak tu dibuatnya.

Baru-baru ini ada pulak dia menunjukkan aksi sombong dengan orang yang tidak dikenalinya. Dia marah-marah apabila orang itu ada di dalam bilik tempat jamuan. Orang tu orang media juga, tapi memang dia tak kenal sebab tidak membuat liputan berita hiburan.

Si wartawan itu ikut sama ke acara hiburan yang turut disertai oleh artis tu sebab diundang oleh pegawai promosi acara itu, bukannya saja-saja menyerbu masuk. Ada ke patut dia menempelak macam tak menyukai ada orang yang tidak berkenaan masuk ke tempat itu. Apatah lagi pada masa itu wartawan tersebut tak menggantung pas kerja dia. Macam-macam kan? Patutlah semakin hari semakin sendu artis tu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: