|
|
CHE LI menuduh J.S Pictures mengganggu dengan mengirimkan SMS berbau ugutan. Kenapa begitu?
Jinggo: Ugutan apa? Kami tak ugut apa-apa? Sebaliknya J.S Pictures hanya minta hak iaitu wang pendahuluan yang sudah dia ambil. Dalam SMS saya kata nak jumpa dia. Itu bukan ugutan. Maksud saya nak jumpa dia untuk tuntut balik duit yang dia ambil. Memang banyak SMS yang saya hantar pada dia sekadar nak mengingatkan dia selagi dia tak selesaikan hutang dia tu.
Kenapa J.S Pictures menolak dua skrip yang dikatakan Che Li dikirimkan melalui e-mel pada malam 30 Mei lalu?
Jinggo: Deadline yang J.S Pictures berikan kepada Che Li ialah 30 Mei 2009. Pada tarikh itu sebelum pukul 12 malam dia kena siapkan skrip sebanyak 10 episod kerana pada 1 Jun 2009 kami kena buat mesyuarat produksi yang hendak menentukan jadual penggambaran. Kalau tak ada skrip, mesyuarat tak boleh buat. Kita nak bagi jadual kepada pelakon lagi. Tapi pada tarikh itu Che Li hanya buat skrip untuk dua episod sahaja iaitu episod 11 dan 12. Mana baki lapan skrip lagi? Jadi kerana perkara itu kami merasakan lebih baik dia tak bekerja dengan J.S Pictures lagi.
Ada maklumkan atau tidak mengenai penolakan skrip itu?
Jinggo: Saya hubungi dia pada 31 Mei 2009 dan dapat bercakap dengan dia. Saya maklumkan yang saya akan tamatkan tugas dia. Saya bagi tahu yang J.S Pictures hanya ambil skrip dia sehingga episod sepuluh saja. Che Li minta kami bertolak ansur tapi kami tak boleh berkompromi lagi. Dia faham perkara itu dan menerima alasan tersebut.
Kenapa jadi sebaliknya hingga buat laporan polis?
Jinggo: Selepas itu saya hantar SMS minta semula duit daripada dia. Bila sebut bab duit mulalah dia gelabah. Sedangkan masa bercakap dengan dia, dia faham tentang penamatan tugasnya di J.S Pictures. Masa tu saya tak sebut bab duit yang sudah dia ambil tu. Tapi bila saya hantar SMS tuntut wang yang dah dia ambil, dia tak senang duduk dan mula menuduh diugut oleh J.S Pictures. Saya nak pesan kepada Che Li, dia boleh buat 1,000 laporan polis pun. Saya tak takut sebab saya tak ugut apa-apa kepada dia. Saya cuma minta hak saya balik.
Mengenai SMS kurang sopan kononnya Sheila kirimkan pada dia. Betul begitu?
Shiela: Kenapa dia tak tunjukkan SMS tu? Bukan SMS kurang sopan tapi SMS nasihatkan dia. Macam ni SMS saya: Manusia mudah lupa... jangan calarkan persahabatan kita. Aku hormat kau. Kau hormat aku. Tapi bila kau cuba pijak kepala aku, kau buat kesilapan besar dalam hidup. Allah akan permudahkan kerja kita kalau kita permudahkan kerja orang lain. Itu janji Allah. Jahat ke SMS macam tu? Saya tak nak kenyataan dia tu membuatkan orang pandang yang Sheila Rusly ni jahat sangat. Cukup-cukuplah. Saya dah tak nak lagi kontroversi.
Sebelum ini ada masalah bekerja dengan Che Li?
Shiela: Saya ni tak suka nak burukkan sesiapa. Masalah di antara kami dengan Che Li ni pun hanya dua, tiga orang saja yang tahu. Tapi saya terkejut bila dia sendiri yang sebarkan cerita untuk membela dirinya sendiri. Baiklah, saya ni memang pantang bila orang jolok. Macam ni! Memang selama ini kami ada banyak masalah kerja dengan dia tapi kami masih bersabar. Kami layan dia dengan baik. Dia selalu buat skrip lambat. Kalau lambat, macam mana kita orang nak buat penggambaran? Kerana dia, semua kerja boleh terbengkalai.
Kenapa dia jadi macam tu?
Sheila: Che Li ni terlalu banyak masalah peribadi. Kalau ada masalah skrip dia akan jadi merapu. kadang-kadang dia tak boleh siapkan skrip sampai seminggu. Kalau nak suruh dia buat skrip pula dia selalu minta duit pendahuluan. Alasannya kalau nampak duit baru ada motivasi. Kami bagi juga duit tapi dia hanya buat satu atau dua episod saja. Macam tu la selalu berlaku.
Kenapa tak tegur dari awal?
Sheila: Che Li ni jenis kalau tak ada duit, barulah dia kelam kabut nak buat kerja. Bila dapat duit hilang macam tu saja. Bila kita telefon tak jawab. Macam mana nak bekerja kalau tak ada komitmen macam tu? Kami memang nasihatkan dia tapi tak berubah. Bayangkan masa nak buat penggambaran Anak Betong, saya dan Jinggo terpaksa tulis nota depan pintu rumah dia minta skrip. Lepas tu bagi lagi duit pendahuluan sebab nak motivasi dia konon.
Macam mana status wang? Apa tindakan J.S Pictures selepas ini?
Jinggo: Walau apa pun terjadi, dia tetap ada hutang dengan kami. Saya akan tetap minta duit tu kalau jumpa dia. Pada kami duit tu tak besar mana pun. Tapi bila dia yang mulakan dulu, kami tetap akan minta hak kami. Kerana duit, punah segala-galanya.
J.S Pictures menganggap Che ada motif di sebalik kenyataan dia tu?
Sheila: Selama ini ramai orang menganggap Che Li pekerja tetap kami tapi tidak. Dia hanya penulis skrip sambilan J.S Pictures saja. Tujuan dia buat kenyataan dalam surat khabar dan heboh bercerita kes dia dengan J.S Pictures sebab nak tarik simpati orang. Sekarang dia mula risau sebab dah tak ada kerja lagi. Dengan cara tu, dia mahu production house lain tahu yang dia dah tak ada dengan kami. Jadi dia boleh kerja dengan tempat lain. Itu tujuannya.
Apa nasihat kepada Che Li?
Jinggo: Dia selalu bercakap pasal sikap orang tapi dia terlupa kenapa Shiela bertegas dengan dia? Sebabnya dia tak bertanggungjawab dalam kerja. Dia tak cerita pula kepada orang ramai sikap dia yang tak siapkan skrip tu.
SHEILA: Saya tak sangka selama empat tahun kita orang berkawan, dia calarkan J.S Pictures macam ni? Saya percaya Allah akan bagi kesenangan pada saya. Janganlah bermain dengan api Che Li nanti terbakar diri. Saya harap selepas ni Che Li dapat hentikan sikap ego dan dia tu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: