Monday, July 13, 2009

Falsafah Figos

Label Figos mencuri perhatian penggemar sukan terutamanya golongan remaja yang obses membeli kelengkapan sukan.


SELAIN kemahiran bermain, memiliki kostum dan aksesori sukan menjadi tuntutan.


JEJAKA berbaju-T jersi rona kuning keemasan itu menyimpan satu impian besar yang perlu dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang.

Barangkali, impian itu kedengaran mustahil dan sukar.

Ini kerana lelaki berketurunan Cina itu, ingin melihat pakaian sukan terutama jersi pengeluaran syarikatnya menjadi pilihan skuad futsal kebangsaan tatkala mereka beraksi pada perlawanan akhir Kejohanan Futsal Sedunia kelak.

Walaupun cita-citanya setinggi gunung, Pengarah Urusan, Figos Sdn. Bhd., Tang Kok Wai, 39, nekad mencapai azam tersebut. Dia benar-benar mahu jenamanya diiktiraf oleh ahli sukan antarabangsa.

Katanya, pasaran item-item sukan mempunyai persaingan sengit daripada jenama seperti Adidas, Nike, Polo, Reebok ataupun Puma.

"Figos masih mencuri perhatian penggemar sukan terutamanya golongan remaja yang obses membeli barangan sukan sama ada sehelai jersi, sebiji bola mahupun sepasang kasut.

"Tumpuan penggemar sukan tempatan pada Figos dilihat satu permulaan yang baik pada jenama ini untuk terus mara dengan lebih cemerlang," ujar Kok Wai ketika ditemui di gudang Figos, Taman Komersial Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Kok Wai yang menggilai sukan bola sepak sejak remaja lagi memberitahu, selain kemahiran bermain, memiliki kelengkapan sukan menjadi satu tuntutan.

Tanpa kelengkapan yang sempurna, seorang pemain pasti sukar memberi persembahan terbaik.

Falsafah

Menurut Tang, Figos menggenggam falsafah Fittness Go With Style. Sebelum menjejak kaki di Malaysia beliau terlebih dahulu mencuba nasib di pasaran Eropah seperti Belgium, Belanda dan Luxemburg.


PRODUK jenama Figos dijual pada harga yang murah tetapi berkualiti.





"Sambutan yang kurang memberangsangkan menyebabkan Figos membuka tirainya di negara ini tujuh tahun lalu.

"Benar, ia tidak mudah. Figos harus bersaing dengan barisan jenama sukan antarabangsa yang sudah sebati dalam kalangan pengguna," ujar lelaki yang mengelolakan sebuah kelab futsal dan bola sepak Figos sejak dua tahun lalu.

Kok Wai berkata, kritikan dan tohmahan menjadi lumrah tatkala syarikatnya ingin memperkenalkan koleksi pakaian ataupun kasut yang terbaru untuk pasaran tempatan.

"Saya berasa bosan dengan rekaan jersi yang berlengan sampai siku dan potongan pakaian yang bersaiz lebar dan besar.

"Sehubungan itu, saya memperkenalkan jersi Figos yang berlengan lebih pendek dan potongan badan yang lebih ketat," ujar Kok Wai yang tidak menyangka percubaannya itu akhirnya mendapat sokongan masyarakat tempatan.

Lelaki yang turut menggemari permainan sukan futsal itu menjelaskan, Figos yang mengetengahkan rekaan bersifat inovatif, ringkas dan praktikal turut mengutamakan kualiti.

"Bagi jersi fabrik, dry fit digunakan kerana sifatnya yang kalis haba dan peluh yang menjamin keselesaan si pemakai ketika beraksi di gelanggang perlawanan.

"Dalam pada itu, kesemua rekaan pakaian dan item sukan Figos diimport dari Hong Kong, China, Jepun dan ada juga yang dibuat di Kuala Lumpur," jelas Kok Wai.

Inovatif

Kok Wai menyifatkan, rangkaian kasut sukan keluaran Figos bukan sahaja sesuai untuk golongan lelaki malah atlet wanita.

"Walaupun kasut-kasut yang diperaga dalam pasaran tidak sarat dengan elemen teknikal tetapi ia masih selesa dipakai untuk bersukan mahupun aktiviti riadah.


JERSI jenis dry fit bersifat kalis haba dan peluh bagi menjamin keselesaan si pemakai ketika beraksi di gelanggang.


"Himpunan kasut jenama Figos, tidak diperbuat daripada material kulit yang mudah rosak manakala ia disesuaikan mengikut cita rasa masyarakat Asia," katanya.

Figos yang begitu sinonim dengan sukan futsal turut mempunyai koleksi kasut futsal yang tahan lasak.

"Koleksi kasut yang dikenali sebagai high performance shoe iaitu barisan kasut yang diperbuat daripada sejenis material super mikro fiber sesuai untuk perlawanan sebenar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: