MINGGU lepas Niezam terbaca komen di ruangan Joyah mengatakan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein bercinta dengan seorang VIP bergelar Datuk.
Tut-tut dalam dua, tiga hari lepas ada seseorang berbisik di telinga Niezam, Elly sebenarnya bukan bercinta dengan Datuk pun tapi orang lain.
Wah... dengan siapa pula Elly? Ramai ke kekasih Elly ni?
“Dia bercinta dengan seorang pengarah drama. Semua orang produksi dah tahu. Kalau nampak muka Elly dalam TV, tengok la syarikat mana yang ambil dia berlakon? Mesti syarikat yang dimiliki pengarah tu,” jelas orang produksi.
Khabarnya drama-drama arahan pengarah tersebut banyak disiarkan di stesen televisyen RTM.
Sumber itu menjelaskan, pengarah yang dimaksudkan berumur 34 tahun dan sudah ada dua orang anak.
Bila disiasat, rupa-rupanya pengarah itu sudah ada isteri. Maknanya kalau mereka jadi kahwin, si Elly akan jadi isteri nombor dualah.
Hati hati Elly, bukan senang tau jadi bini nombor dua ni. Takut nanti rambut semakin kurang sebab kena tarik.
Mengikut ceritanya juga, isteri pertama pengarah itu sudah dapat tahu percintaan Elly dengan suaminya. Itupun selepas si isteri “pasang kaki” nak intip dimana dia orang dating.
Wow... kalau berlaku perang dunia siapa nak jawab?
NIEZAM: Sesiapa nak buat duit jumpa pelakon A. Aida di MITC, Ayer Keroh Melaka pukul 6 petang ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: