Tuesday, July 21, 2009

Dengarnya...: Noniswara bernikah 31 Julai



Noniswara

SEKIAN banyak gosip mengenai pernikahannya diperkatakan, pelakon kelahiran Kelantan, Noniswara cuma mampu menepis.

Sedikit pun dia tidak melenting malah dramatis yang pernah merasai kegagalan berumah tangga itu tidak pernah menyembunyikan status dirinya.

Tidak perlu lagi berteka-teki kerana Noniswara yang juga ibu tunggal tiga cahaya mata itu sudah mengesahkan calon teman hidup pilihannya.

Cik Normah difahamkan Noniswara akan mengakhiri zaman jandanya pada 31 Julai ini, disusuli majlis persandingan di sebuah hotel di tengah ibu kota.

Lelaki bertuah yang bertakhta di hati Noniswara ialah Datuk Rosman Ridzwan. Seperti Noniswara, Rosman juga pernah melalui episod kegagalan dalam perkahwinannya.

Pastinya dalam debaran menanti detik bahagia itu, Noniswara juga memanjatkan doa kepada Allah supaya perjalanan baru hidupnya dirahmati dan diberkati.

Cik Normah sudah pun menerima kad jemputan daripada Noniswara. Ringkas namun mempunyai sentuhan elegan, sesuai dengan status Noniswara yang selama ini dikenali sebagai selebriti anggun.

Doa Cik Normah, semoga perkahwinan kedua ini akan memberi kebahagiaan buat Noniswara dan pasangan hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: