Tuesday, July 28, 2009

Dengarnya...: Atilia oh Atilia!





KETIKA asyik menaip artikel, Cik Normah menerima panggilan daripada pembaca akhbar ini yang memberi pandangan mengenai cara penampilan anak perempuan Salamiah Hassan, iaitu Atilia. Kata pembaca itu, kenapa dengan Atilia yang sejak akhir-akhir ini muncul dengan pakaian yang mencolok mata.

Cik Normah cakap dengan pembaca itu, usahlah serkap jarang. Tapi dia terus merujuk kepada muka depan Hip baru-baru ini yang menampilkan Noryn Aziz dan Atilia. Katanya, kalau ikutkan, apa bezanya Noryn dan Atilia sebab kedua-duanya dalam aliran muzik yang sama. Noryn pun janda juga. Tapi Noryn nampak lebih sopan berbanding Atilia. Kenapa?

Wah! Bijak juga pembaca ini mengenakan Cik Normah.

Apabila dibelek gambar yang disiarkan itu, memang betul juga kenapa Atilia berani memakai pakaian yang singkat dan ketat. Cik Normah ada tanya perkara ini dengan kawan setugas. Katanya, memang itu pakaian yang dibawa dan hendak dipakai oleh Atilia selepas dimaklumkan mengenai sesi fotografi.

Entahlah, Cik Normah tak tau nak kata macam mana. Dalam ruangan Rakan@BH pula, memang ada pembaca menegur cara pemakaian Atilia yang dikatakan seksi sangat.

Dalam perkara macam ini, Cik Normah bukanlah hendak mengajar artis atau personaliti wanita. Apa yang diberitahu ialah untuk tujuan sesi fotografi atau siaran di TV, kenalah bijak memilih pakaian.

Sebabnya, apa saja yang dipakai nanti akan ditengok oleh ramai orang. Jadi, janganlah nak pakai ikut sesedap hati saja. Begitu juga kepada pereka fesyen yang menaja pakaian kepada artis. Berpada-padalah dengan bentuk pakaian yang hendak digunakan.

Kata orang fikirkanlah juga sensitiviti orang ramai. Mungkin ada artis atau personaliti yang memang berasa selesa dengan cara penampilan seksi ‘berani mati’. Tapi cara itu selalunya akan memakan diri sendiri juga.

Apabila orang ramai sudah mengutuk, baru hendak tampil membela diri. Namun, masa itu macam sudah terlambat. Kalau sudah jadi timbul kontroversi panas, akibatnya ada promoter atau stesen TV takut nak ambil mana-mana artis yang sebelum ini berani tampil dengan aksi ‘berani mati’ ini. Jadi, siapa yang susah?

Tapi dalam hal Atilia ini, bukanlah setiap masa dia berpakaian seksi sehinggakan dikatakan mencolok mata. Dalam banyak acara, Cik Normah nampak dia biasa saja. Itu dari pandangan mata Cik Normah. Orang lain, Cik Normah tak taulah. Fikir-fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: