Monday, July 13, 2009

Culik palsu, peniaga nyaris rugi


KERATAN Kosmo! 11 Mac 2009.


KUALA LUMPUR - Seorang peniaga lelaki menghadapi detik cemas apabila dipaksa membuat bayaran RM50,000 dalam tempoh 45 minit bagi membebaskan seorang sepupunya yang didakwa telah diculik ketika melancong ke China.

Mangsa dari Setapak di sini menerima panggilan tersebut pada pukul 11 pagi, Khamis lalu dan dalam perbualan itu suspek mendakwa sepupu mangsa telah diculik.

Suspek yang menggunakan nombor talian dari China itu terus menuntut mangsa memasukkan wang tebusan RM50,000 ke dalam satu akaun dengan segera.

Bagaimanapun, mangsa yang hanya mempunyai wang RM2,000 pada masa itu merayu supaya bayaran tersebut ditangguhkan selama 45 minit dengan alasan dia perlu mencari wang.

Suspek yang tidak ada pilihan memberi tempoh selama 45 minit kepada mangsa memasukkan wang tersebut jika mahu sepupunya selamat.

Sebaik meletak telefon itu, mangsa cuba menghubungi sepupunya tetapi gagal. Dalam keadaan panik mangsa menghubungi polis.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: