Album kompilasi terbaru edaran Universal Music Malaysia meraikan pasangan yang hangat bercinta kini terdapat di pasaran dalam bentuk CD. Menampilkan 16 buah trek lagu hebat masa kini daripada artis-artis solo lelaki terkenal tanah air.
Antara nama-nama besar yang turut menyumbang lagu di dalam kompilasi ini termasuklah artis seperti Mawi, Aizat, Aliff Aziz, Bob, Dafi, Yusri dan ramai lagi. Artis kelahiran program TV Akademi Fantasia, Zahid yang terkenal dengan alunan syahdu menyampaikan lagu menerusi ‘Aleya’ dan ‘Dikau Teristimewa’. Manakala Mawi turut menyumbang vokal beliau melalui lagu bertajuk ‘Kian’. Burn dan Bob pula masing-masing menyampaikan kehebatan suara melalui lagu berjudul ‘Kasih Ibu’ dan ‘Cinta Seorang Teman’. Tidak ketinggalan bintang kelahiran Akademi Fantasia musim 5, Aizat yang kini sedang melonjakkan kecemerlangan bakatnya turut menyumbang melalui lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’.
Turut dimuatkan dalam album kompilasi ini termasuklah lagu hits daripada Aliff Aziz berjudul ‘Sayang-sayang’ dan nyanyian Faizal Tahir dengan lagu ‘Sampai Syurga’. Artis terkenal dari seberang tambak yang muncul melalui program realiti TV Anugerah, Fauzie Laily turut membuat kemunculan sulung beliau di persada muzik Malaysia menerusi single beliau bertajuk ‘Izinkan’ yang turut termuat dalam album kompilasi ini. Menerusi vokal yang mantap dan penampilan diri yang ‘stailo’; Fauzie Laily dijangka melebarkan sayap peminatnya di sini dengan jaya menerusi taruhan single terbaru beliau ini.
Sebuah album sesuai dihadiahkan buat kekasih hati atau sebagai cenderamata buat yang tersayang, album Kisah Cintaku kini boleh didapati di pasaran mulai 28hb April 2009 dengan harga RM29.90 sahaja! Mengandungi single hit terbaru dari Fauzie Laily yang termuat dalam 16 trek pelbagai lagu hit terbaik dari penyanyi solo lelaki popular antaranya:-
1) Fauzie Laily - Izinkan
2) Mawi - Kian
3) Aliff Aziz - Sayang-sayang
4) Bob - Cinta Seorang Teman
5) Zahid - Aleya
6) Burn - Kasih Ibu
7) Aizat - Hanya Kau Yang Mampu
8) Dafi - Bila Terasa Rindu
9) Yusri - Dekat Padamu
10) Adam - Jatuh
11) Fiq - Tiga Malam Tanpa Bintang
12) Zahid - Dikau Teristimewa
13) Faizal Tahir - Sampai Syurga
14) Munif - Bidadari
15) Izwan Pilus - Kembali Senyum
16) Fazli Zainal - Harapan
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: