|
|
TINGGI sungguh susuk tubuh anak muda yang menyertai Pencarian Kacak Bergaya Pancaindera minggu ini. Susuknya persis model luar negara.
Itulah kelebihan yang ada pada diri Ahya Ulumuddin Rosli, 22, yang mula berjinak-
jinak dalam bidang peragaan sejak dua tahun lalu. Sekarang statusnya sebagai model sambilan sebab masih belajar.
“Memang saya meletakkan cita-cita untuk berjaya sebagai model ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti. Sekarang saya mula mengorak langkah ke arah itu.
“Saya akan giat menimba pengalaman dahulu sebelum bersedia melangkah lebih jauh. Ramai orang kata saya ada peluang untuk melangkah lebih jauh kerana memiliki ketinggian yang setaraf dengan model luar negara,” kata anak teruna pelakon Normah Damanhuri ini.
Untuk memperkenalkan dirinya, Ahya pernah menyertai pertandingan pencarian model antaranya Male Model Search 2008 dan sebuah pertandingan anjuran kelab hiburan baru-baru ini.
“Untuk pertandingan sebegitu, peserta kena pakai pakaian dalam, terpaksalah kentalkan semangat dan membuang rasa malu. Apabila hilang perasaan malu, barulah kita yakin semasa membuat catwalk di atas pentas,” jelas Ahya.
Ahya bukan main-
main dalam impiannya untuk melangkah ke peringkat antarabangsa. Beliau pernah mengikuti kursus catwalk daripada studio peragaan yang diusahakan oleh bekas model Shila Lama.
“Saya baru lagi dalam melakukan persembahan catwalk, jadi kenalah belajar daripada orang yang ada pengalaman,” ujarnya.
Biasanya anak kepada pelakon akan turut ada minat mengikut jejak, apatah lagi ibu Ahya seorang pelakon yang diakui mempunyai bakat lakonan yang besar.
“Saya pernah berlakon sekadar mahu mencuba sahaja, tetapi saya sebenarnya memang tidak ada minat dalam lakonan. Saya tak boleh memaksa diri saya untuk melakukan apa yang saya tak suka.
“Ibu faham minat saya lebih kepada bidang peragaan dan dia memberi galakan penuh kepada saya,” katanya yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu.
Satu lagi bakat seni yang ada dalam diri Ahya ialah kebolehannya menyanyi. Ahya pernah bermain muzik dan menyanyi suka-suka bersama kawan-kawan.
Daripada main-main akhirnya Ahya dan kawan-kawan kini menubuhkan band sendiri yang mula bergerak secara persendirian (indie).
Seorang kawan yang bermain gitar mendengar nyanyian saya dan mencadangkan kami membentuk sebuah kumpulan muzik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: