|
|
BOSAN dengan penampilan lamanya, bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham mahu membuang implan payu daranya dan mengecilkan asetnya itu dari saiz 34DD ke 34B.
Tanpa memikirkan risiko yang akan berlaku, Victoria juga dikatakan begitu nekad mahu membuang imej seorang isteri pemain bola sepak kepada seorang pereka fesyen.
"Victoria merasakan yang imejnya yang mempunyai rambut panjang, payu dara yang besar serta kulit perang sudah lapuk.
"Dia telahpun melakukan pembedahan membuang implannya tiga minggu yang lalu dan begitu gembira dengan hasil yang dimiliki. Selepas menjalani beberapa prosedur, Victoria kembali ligat dalam perniagaannya di Perancis," kata sebuah sumber kepada akhbar Britain, The Sun.
Pada tahun 1999, Victoria telah mengubah saiz payu daranya buat pertama kali dari saiz 34A ke 34D. Kemudian, selebriti berusia 35 tahun ini membesarkan lagi payu daranya ke saiz 34DD.
Victoria dipercayai merehatkan diri bersama keluarganya di French Riviera selama dua minggu sebelum pulang ke pangkuan David dan anak-anaknya di Los Angeles.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: