Monday, June 22, 2009

Tawaran hebat BIG Cinemas!


BIG Cinemas Lotus Five Star merupakan rangkaian pawagam terbaru di Malaysia.


MENYEMARAKKAN tayangan perdana filem Transformers: Revenge of the Fallen di Malaysia, rangkaian pawagam terbaru, BIG Cinemas Lotus Five Star (BIG Cinemas) menawarkan sesuatu yang hebat buat pembaca Kosmo!.

Bermula, semalam pihak BIG Cinemas telah melancarkan peraduan Tranformers: Revenge of The Fallen dan mahu tahu apakah hadiah utamanya?

Bernilai RM45,000 anda berpeluang untuk memenangi model Optimus Prime setinggi tujuh kaki di samping 2,000 hadiah kedua iaitu baju-T eksklusif Transformers dan 100 hadiah sagu hati, robot mainan Transformers.

Caranya senang sahaja, sambil menonton Transformers: Revenge of the Fallen di mana-mana pawagam BIG Cinemas, beli Kombo Super Extra Large (SXL) yang bernilai RM15, anda layak untuk menyertai peraduan tersebut.

Menyentuh mengenai BIG Cinemas, rangkaian pawagam pawagam terbaru di Malaysia ini merupakan perkongsian di antara BIG Cinemas yang merupakan ahli kumpulan Reliance Anil Dhirubhai Ambani dan Kumpulan Lotus Five Star.

Syarikat ini mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2008. BIG Cinemas menawarkan hiburan sinematik dan keselesaan yang tiada tolok bandingan, ditambah dengan teknologi terkini.


MODEL Optimus Prime bernilai RM45,000 menunggu untuk dimenangi.


Para penggemar filem kini boleh mengambil peluang ini untuk menggunakan segala kemudahan dan menonton filem-filem terkini di pawagam BIG Cinemas.

Sebagai ahli Kumpulan Reliance Anil Dhirubhai Ambani, BIG Cinemas adalah satu rantaian pawagam antarabangsa dan juga salah satu perkhidmatan hiburan dan filem yang semakin meningkat di India.

Ia merupakan rangkaian pawagam pertama yang mempunyai 100 skrin, dan kini mempunyai hampir 200 skrin di India, ia adalah rangkaian pawagam terbesar di India. BIG Cinemas juga sudah mula mengembangkan sayapnya di peringkat antarabangsa, dengan mempunyai lebih dari 200 skrin termasuk di Malaysia dan juga di bahagian timur, pertengahan barat dan persisiran barat Amerika Syarikat.

Rangkaian antarabangsa ini telah memenangi anugerah tersohor Exhibitor of the Year yang dianugerahkan oleh CineAsia 2008.

Sementara Kumpulan Lotus Five Star telah memenangi banyak pelbagai anugerah di Malaysia. Reputasi baik ini adalah berdasarkan kualiti, kebersihan dan perkhidmatan pelanggan yang bagus sejak ia mula beroperasi. Syarikat terlibat dengan perniagaan perkhidmatan iaitu termasuk restoran, hotel dan tempat-tempat peranginan, serta filem dan kandungan TV (pengedaran filem, produksi, pameran), cawangan kedai, hartanah dan pembinaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: