Monday, June 29, 2009

'Manohara tidak pulang' -Daisy dakwa anaknya tidak sanggup kembali


KERATAN Kosmo! 27 Jun.


KOTA BHARU - Ibu Manohara Odelia Pinot, Daisy Fajarina mendakwa anaknya akan ingkar dengan arahan suaminya, Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry supaya kembali ke pangkuannya.

"Manohara tetap tidak akan kembali ke pangkuan suaminya walaupun bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang," katanya.

Daisy menegaskan biarpun Tengku Muhammad Fakhry memberi tempoh sehingga 2 Julai ini supaya isterinya kembali ke pangkuannya, Manohara tidak akan berbuat demikian.

Menurut beliau, Manohara mengakui seorang isteri wajib berada di sisi suami seperti yang ditetapkan oleh hukum syarak.

Tambah beliau, anaknya akan menghormati dan setia bersama suaminya jika dia sentiasa dijaga dengan baik.

"Manohara tidak sanggup lagi tinggal bersama suaminya yang sentiasa menderanya," dakwanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, permintaan Kosmo! supaya dibenarkan menemu bual Manohara tidak dilayan.

Kosmo! kelmarin melaporkan Tengku Muhammad Fakhry memberi tempoh sehingga 2 Julai ini kepada Manohara supaya kembali ke pangkuan suaminya yang sah di sisi hukum syarak dan melaksanakan tugas sebagai Cik Puan Temenggong Kelantan seperti yang telah diperakui oleh undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: