Monday, June 29, 2009

Pemandu dapat wang pelik RM50


AZMI menunjukkan perbezaan antara wang kertas RM50 yang mempunyai tandatangan Gabenor Bank Negara di sebelah kiri dengan wang kertas yang ditandatangani di bahagian tengah.


KUALA LUMPUR - Seorang pemandu tidak menyangka wang RM50 yang dikeluarkan dari mesin pengeluar wang automatik (ATM) kira-kira sebulan lalu mempunyai keunikan tersendiri.

Arif Mohd. Hanafiah, 49, dari Bandar Tasik Selatan di sini berkata, ketika kejadian dia baru mengeluarkan wang sebanyak RM1,000 di sebuah bank di sekitar Ampang Point di sini.

"Seperti biasa, setiap kali selepas mengeluarkan wang, saya akan mengira semula wang itu bagi mengelak berlaku kesilapan.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati salah satu daripada 20 keping wang RM50 itu agak berbeza berbanding dengan yang lain," katanya di pejabat Kosmo! di sini semalam.

Arif memberitahu, antara ciri unik wang itu ialah tandatangan Gabenor terletak di penjuru bawah kiri berbanding wang biasa di bahagian tengah di samping saiznya yang agak kecil.

"Tulisan jawi yang bermaksud Bank Negara Malaysia di bahagian belakang juga jelas berbeza kerana mempunyai huruf 'ya' dan huruf 'ka' di samping tanda 'hamzah' di atasnya.

"Apabila saya teliti lagi didapati permukaan wang tersebut agak merah sedikit dan hologram yang menunjukkan wajah Yang di-Pertuan Agong pertama juga agak berbeza," ujarnya.

1 comment:

  1. Berbeza tak jadi masalah tapi masalahnya sekarang adakah salah satu duit tu palsu atau keduanya tulen?

    Kalau keduanya tulen kenapa berlaku sedemikian?

    Kiranya salah satunya palsu ,kenapa bank tidak dapat mengesannya kerana wang itu dikeluarkan dari bank?

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: