LONDON - Putera Azim iaitu anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menganjurkan parti mewah yang dihadiri bintang-bintang Hollywood dan selebriti, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut penjual bunga tempatan, bil untuk pelbagai jenis bunga yang dihantar ke parti itu adalah sebanyak £70,000 (RM410,766).
Bagaimanapun, beberapa selebriti kelas A menghadiri parti itu yang diadakan di Hotel Stapleford Park House di Leicestershire yang dimiliki oleh ibu Putera Azim, Mariam Aziz iaitu bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah.
Antara selebriti yang dipercayai hadir dalam parti itu ialah Sophia Loren, Faye Dunaway, Ursula Andress dan Joan Collins.
Tetamu lain termasuk Jerry Hall, Mariah Carey dan Janet Jackson.
Parti itu yang diadakan baru-baru ini dihadiri oleh 230 tetamu.
Penyanyi yang melakukan persembahan ialah Chaka Khan dan kumpulan muzik jaz iaitu Incognito.
Menurut pihak pengurusan kedai bunga Vass, sebanyak 12 kakitangan diperlukan untuk menyediakan dan menghantar sejumlah bunga dengan kos £70,000.
Namun, jurucakap Putera Azim iaitu Jeff Allen menafikan harga bunga itu mencecah sehingga £70,000 dan menganggapnya sebagai tidak tepat.
Jurucakap itu turut menafikan bahawa sebahagian selebriti dibayar untuk menghadiri parti tersebut.
Bagaimanapun, Allen mengesahkan beberapa tetamu diberikan tiket penerbangan percuma tetapi tidak kelas pertama.
Turut hadir dalam parti itu ialah adik Putera Azim iaitu Putera Mateen, Puteri Azemah dan Puteri Fadzillah.
Jurucakap itu menganggap majlis itu merupakan parti keluarga dan menafikan ia sebagai satu pembaziran.
Allen enggan menyatakan kos parti itu tetapi berkata: "Ia merupakan parti yang hebat dan setiap orang berasa gembira.
semoga selamat dunia akhirat.........
ReplyDeletebrunei kan kaya raya....xtaw taw dh duit nk buat apa...lantak lah negara org xpyh sebok2...negara sendri lagi mcm2...
ReplyDeletebetullah..hal dorang masalah dorang tak payah menyusahkan diri menyibuk...akhirat itu urusan manusia dengan tuhan...
Deletedaripada berparti baik bagi pada siapa yang memerlukan saperti DOBI Taharah yang bantuan dalam usaha fardu kifayahnya
ReplyDeleteIngatlah kehidupan di dunia ini tidak kekal....kita akan kembali mengadapNya..kekayaan yg dianugerahkan bukan untuk menghancurkan diri..
ReplyDeleteKekayaan kat dunia ini ada lh sebahagian dri ujian ALLAH S.W.T,Bagaimana kita mengunakan nya akan d hisap kat sana nanti INGAT LAH WAHAI SAUDARA KU MUSLIM.
Deletealahai..kesian bla ada org ckp..kubur/dosa masing2..xyah la sibuk...hahaha...dh2 bla korang mati spa yg nk kapankan?..nk mandikan?..nk kuburkan?..nk talkinkan?..korang nk mati kna kambus?nk kna bakar?..kt dunia ni kna saling tegur menegur...sma2lah kita bermuhasabah dri..
ReplyDeletekita baca..kita mngumpat dan kita yg berdosa..org yg buat..tak tengok..dan tak sampai msge.dtgur pun tak sampai pt org yg buat..yang ada..tanpa disedari kta telah melakukan dosa mngumpat.
ReplyDeletehaiyy...ada kesenangan dibazirkan...cuba diorang rasa kesusahan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan esok pagi; baru diorang kenal tentang penyesalan...kan bagus kalau derma dengan rumah kebajikan...dapat jugak pahala berterusan berlipat ganda...nasib baik aku lahir sebagai anak susah, kalau aku lahir jadi anak orang kaya, aku x nak jadi macam diorang ni...
ReplyDeletexyah nak bersyarah,jaga tepi kain orang..orang berkemampuan (xhilang satu sen duit kita).dia org xkondem kita pun dah kira ok..
ReplyDeletenk rasa kesenangan dunia bila lagi?plg ptg dia tak menyusahkn kita dan mintak duit kita :)
ReplyDeleteBetul2..aku suka komen mcm ni...
Deleteaku cukup meluat kat org yg suka ckp takde duit lepas tu pinjam sana sini duit org. byr x jugak.mcm pengemis aku tgk org suka mnta duit org ni...
ReplyDeleteasyik jerlous saja kamu..suka sangat jaga tepi kain org.. baik sangatlah kamu tu..
ReplyDeleteORANG MALAYSIA NI SANGAT KELAKAR..MASE NAK JALANKAN HUDUD BERSEMANGAT WAJA BETUL..NAK BUAT HUDUD..KENAPE X BOLE??BRUNEI DA BUAT DA...ALIH2 KLUAR BRUNEI JADI LAIN PULAK..NI X NAK MINX PULAK PARTI CAM ANAK SULTAN BRUNEI??JADI KESIMPULANNYA JANGAN BEZAKAN DIRI KITA KAWAN2..X KAN SAMANYA KITA INI DENGAN ORANG LAIN..ALLAH CIPTA KITA DENGAN BERBAGAI CODING YG KITA X MAMPU DESCRIBE..SO INGT KITA SAMA PADA AGAMA..JANGAN LARI TU..
ReplyDeletekorang igt brunei tu negara islam sgt ke?nama je negara islam tp dalam brunei je la pkai tudung bagai,Tp kalau dh klua negara tudung smua hilang.Terbang pg mne ntah.Life dorng lg sosial dri retis2 malaysia ni ha.Takyah klua jauh2 pg london segala,Klua pg malaysia pn dh nmpak belang.
ReplyDeleteSalam. Admin yg dihormati serta semua pembaca yg budiman. Jom lawati blog saya di www.ilhamtulisdanbaca.blogspot.com
ReplyDeleteTerima kasih.
hehe tau pulak ye org brunei buka tudung kalau kluar ngara..kelakar benoo..hahaha..actually buat yg komen kat atas ni..bukak tudung ke tak bertudung ke itu hak mereka..if u see them doing that why dont you give them a 'talk' dari komen kat sini..haha kelakoo lah..mcm kbykkan artis or ahli politik d mlysia..nak bertudung tapi sipi2 aje..nampak jugak jambul..its the same what..inilah yg dinamakan mnusia biasa yg tak lari dri mbuat dosaa..kat brunei k mlaysia ke sama saje..takleh nak racist dlm hal ni..if bertudung, smbhyg tak tinggal, klau hati busuk pun tak guna..dlm bab sosial k tak pun terpulang lah..adoi mls lh nak komen pnjng2 hehe u pikir lh sndri..doksah leer nak banding2kn antra ngra ni sebab tak lebih tak kurang sama aje brunei n mlysia..kdua2nya ngra islam..
ReplyDeleteartikel yang menarik ya, salam dari indonesia
ReplyDeletedia ada duit.duit mmg biasa buat benda2 sukaria.yang byk duit buat gaya byk duit mcm dia ni.Buat lak kan di hotel kepunyaan ibu dia.so tempat free.tempat dia sendiri..
ReplyDeleteHopefully hudud bkn hnye diimplement utk rakyat shj....
ReplyDelete